Drama Kerana Dia Manusia Biasa (TV3)

Kerana Dia Manusia Biasa

Nantikan drama adaptasi novel Kerana Dia Manusia Biasa karya Wan Nur Najihah yang akan disiarkan di slot Samarinda TV3. Menampilkan gandingan Syukri Yahaya dan Emma Maembong. Turut dibintangi oleh Husna Mustaffa, Sasqia Dahuri, Afzan A.Rahman, Atikah Suhaime dan ramai lagi. Drama terbitan Global Station Sdn Bhd dibawah arahan Idora Abdul Rahman. Ditayangkan bermula 24 Julai, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di TV3.

JUDUL : KERANA DIA MANUSIA BIASA
EPISOD : 15 episod
TARIKH TAYANGAN : 24 Julai 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS NOVEL : Wan Nur Najihah
PENULIS SKRIP : Janjira, Riqmal Eng, Fajar Surya
PENGARAH : Idora Abdul Rahman
PRODUKSI : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Syukri Yahaya, Emma Maembong, Husna Mustaffa, Sasqia Dahuri, Mimi Ernida, Zera Hariz, Afzan A.Rahman, Atikah Suhaime, Afifah Nasir, Aleza Shadan, Arash Mohd, Abbas Mahmood, Aishah Atan, Ali Reza, Shafira Edora, Dhia Ly, Ku Zara Eryna

WATAK PELAKON 
Syukri Yahaya sebagai Tengku Shamil
Emma Maembong sebagai Nurin Aira
Afifah Nasir sebagai Tengku Shakira
Atikah Suhaime sebagai Tengku Aura
Zera Hariz sebagai Najwa
Sasqia Dahuri sebagai Nora / Yasmin
Husna Mustaffa sebagai Nur Aisyah
Aleza Shadan sebagai Datin Nur Kalsom
Mimi Ernida sebagai Suraya
Ku Zara Eryna sebagai Alia
Dhia Ly sebagai Dania
Abbas Mahmood sebagai Nazim
Ali Reza sebagai Zarul
Azwan Kombos sebagai Syed Ilham
Afzan A.Rahman sebagai Dr Haikal
Aishah Atan sebagai Mak Cik Halimah

LAGU TEMA / OST
Black - Leraikan | Youtube

SINOPSIS KERANA DIA MANUSIA BIASA
Disebabkan kesilapan orang lain, Nurin Aira terpaksa menanggung fitnah dan umpatan orang luar. Pada usia yang muda juga, Nurin Aira telah memikul tanggungjawab apabila Nora (Sasqia Dahuri), kakak angkatnya meninggalkan seorang bayi bernama Alia kepadanya. Nora berjanji untuk mengambil Alia semula apabila masalahnya selesai. Malangnya, lima tahun berlalu dan Nora tidak juga muncul. Nurin menjaga Alia dengan penuh kasih sayang bagaikan darah dagingnya sendiri.

Kehilangan Aisyah, membuatkan jiwa Tengku Shamil Zaquan beku untuk mencintai insan lain. Lebih menyedihkan, isterinya pergi setelah diragut insan yang tidak berperikemanusiaan. Tengku Shamil yang ingin lari dari desakan keluarga dan juga kerana mempunyai agenda tersendiri, dia dan Nurin Aira disatukan walau dalam hati, Tengku Shamil tidak pernah terfikir untuk menduakan Aisyah. Nurin Aira hanya pasrah dan berkorban demi menyelamatkan Tengku Shamil daripada bergelar anak derhaka. Pada pandangan Tengku Shamil, Nurin Aira hanyalah seorang perempuan murahan.

Setelah berkahwin, Nurin tidak tinggal sebumbung tetapi dia terpaksa berpindah tinggal sebumbung dengan Tengku Shamil, atas desakan ibu mertuanya. Hidup Nurin Aira bagaikan digantung tidak bertali. Emosinya terdera dek herdikan Tengku Shamil yang membencinya. Namun, dia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan cuba mengambil hati Tengku Shamil yang dingin terhadapnya.

Adakah Tengku Shamil dapat memadamkan api dendamnya terhadap cinta Nurin Aira? 

Kerana Dia Manusia Biasa