Drama Dia Menantu Rahsia (TV3)

Dia Menantu Rahsia

Nantikan drama adaptasi novel Dia Menantu Rahsia karya Indah Hairani yang akan disiarkan di slot Akasia TV3. Dibintangi oleh Ashraf Muslim, Raysha Rizrose, Syazuwan Hassan dan Mona Allen. Drama 28 episod arahan Pali Yahya. Akan menemui penonton pada 29 Januari 2019, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di TV3. 

JUDUL : DIA MENANTU RAHSIA
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 29 Januari 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Indah Hairani
PENULIS SKRIP : Faten Syamimie, N. Mardhiah, Rehal Nuharis
PENGARAH : Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)
PRODUKSI : A.Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Ashraf Muslim, Raysha Rizrose, Syazuwan Hassan, Mona Allen, Aisya Hasnaa, Reza Hasbi, Raja Hakim, Afzan A.Rahman, Annie Arifin, Nizam Kama, Fazlina Ahmad Daud, Ridzuan Hashim, Zulhamizam, Wilma Muhammad, Ainaa Azhari, Aida Khalida, Pauline Tan

WATAK PELAKON 
Ashraf Muslim sebagai Syakir
Raysha Rizrose sebagai Melissa
Syazuwan Hassan sebagai Zamer
Mona Allen sebagai Engku Kamelia
Ridzuan Hashim sebagai Tuan Suhaimi
Fazlina Ahmad Daud sebagai Puan Sarah
Aida Khalida sebagai Puan Badariah
Raja Hakim sebagai Engku Razzi
Afzan A.Rahman sebagai Syamsul
Wilma Muhammad sebagai Engku Maimunah
Pauline Tan sebagai Jenni
Aisya Hasnaa sebagai Zulaikha
Annie Arifin sebagai Nora
Nizam Kama sebagai Baha
Zulhamizam sebagai Pak Ngah
Reza Hasbi sebagai Danial
Ainaa Azhari sebagai Naida

LAGU TEMA / OST 
Hafiz - Kisah Cinta Kita
Ciptaan : Omar K, Ikhwan Fatanna

SINOPSIS DIA MENANTU RAHSIA
Pertunangan antara Zamer dengan Doktor Suraya telah merobek hati Melissa. Apatah lagi pertunangan itu atas permintaan ibu Zamer sendiri. Kerana mahu merawat hati yang kecewa, Melissa membawa diri ke Kuala Lumpur. Pertemuan antara Melissa dengan Syakir di Kuala Lumpur telah mengubah keseluruhan hidup mereka. Semuanya bermula dengan permintaan tidak diduga daripada Syakir yang merupakan pemilik Book Cafe tempat Melissa bekerja.

Syakir telah melamar Melissa kerana rasa terpanggil untuk melindungi Melissa dari terus menjadi mangsa kekasaran Zamer. Syakir juga tidak mahu fikirannya dibebani dengan permintaan ibunya, Puan Sarah yang inginkan dirinya menerima cinta Engku Kamelia. Lamaran daripada Syakir diterima Melissa semata-mata mahu melarikan diri daripada Zamer yang terus mengejar cintanya. Mungkinkah wujud rasa bahagia dan cinta di hati mereka? Dapatkah kehadiran Melissa diterima dalam keluarga Syakir?

GAMBAR PELAKON
Dia Menantu Rahsia

Pelakon Dia Menantu Rahsia
Pelakon drama Dia Menantu Rahsia