Drama Leftenan Zana (TV3)

Leftenan Zana

Nantikan drama baharu terbitan JS Pictures Sdn Bhd berjudul Leftenan Zana. Menampilkan Janna Nick sebagai watak utama. Turut dibintangi oleh Redza Rosli, Tunku Hanis, Aprena Manrose, Nazrief Nazri dan ramai lagi. Drama berkonsep ketenteraan ini diarahkan oleh Azman Yahya bakal disiarkan di TV3 bermula 8 Februari 2019, setiap Rabu hingga Jumaat jam 9 malam.
  
JUDUL : LEFTENAN ZANA
TARIKH TAYANGAN : 8 Februari 2019
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS SKRIP : Sofia J Rhyland
PENGARAH : Azman Hj Yahya @Jinggo
TERBITAN : JS Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Janna Nick, Tunku Hanis, Sheila Rusly, Redza Rosli, Izzat Mushtaq, Aprena Manrose, Zarul Husin, Ameerul Asyraf, Hairie Othman, Nazrief Nazri, Idzham Ismail, Sofea Shaheera

WATAK PELAKON
Janna Nick sebagai Zana
Tunku Hanis sebagai Raz
Sheila Rusly sebagai Sarjan Qamar
Redza Rosli sebagai Kapten Haniff
Zarul Husin sebagai Arul
Hairie Othman sebagai Kapten Rahmat
Ameerul Asyraf sebagai Kapten Mustakim
Nazrief Nazri sebagai Zaidi
Aprena Manrose sebagai Tisya
Izzat Mushtaq sebagai Faiz
Idzham Ismail sebagai Kapten Dr Putra

SINOPSIS LEFTENAN ZANA
Mengisahkan mengenai impian Zana  yang bercita-cita mahu menjadi anggota tentera tetapi cita-citanya itu tidak direstui bapanya. Zana adalah anak perempuan bongsu Mejar (B) Rahmat

Sejak kecil, Zana sangat rapat dan manja dengan bapanya sehinggakan dia ingin menjadi seorang askar seperti Rahmat. Malangnya, Rahmat tidak suka dan tidak akan membenarkan Zana untuk menyertai bidang ketenteraan. Rahmat lebih mengharapkan Zaidi, anak lelaki sulungnya untuk menyambung legasinya tetapi Zaidi tidak berminat.

Walaupun dihalang, Zana tekad untuk meneruskan cita-citanya dan dalam diam telah membuat permohonan secara online untuk menjadi anggota tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Zana telah terpilih untuk menjalani ujian saringan dan akhirnya berjaya diterima sebagai pelatih ATM dan perlu menjalani latihan di Melaka.

Pada mulanya, Zana berbohong mengatakan bahawa dia diterima bekerja di sebuah syarikat swasta. Namun, di saat akhir Zana berterus terang kepada Rahmat dan ibunya, Mah.

Walaupun marah, Rahmat tetap menghantar Zana ke kem untuk latihan. Rahmat pasti Zana tidak akan bertahan lama di sana. Ujian Zana bermula dan ternyata apa yang dikatakan oleh bapanya tentang kepayahan di kem, semuanya benar. Selain Sarjan Qamar yang menggerunkan, Zana tertekan dengan pelbagai latihan yang memenatkan fizikal dan mental.

Di kem juga Zana turut dibuli oleh Raz yang membencinya. Sehinggalah suatu hari, Zana tekad membuat keputusan untuk melarikan diri daripada kem.

Adakah Zana akan terus berputus asa dan akhirnya mengaku kalah pada bapanya?

GAMBAR PELAKON
Leftenan Zana

Pelakon Leftenan Zana
Pelakon drama Leftenan Zana
Poster Leftenan Zana