,

Drama Kan Kukejar Cinta Kamu

December 16, 2018

Kan Kukejar Cinta Kamu

Nantikan drama adaptasi novel Kan Kukejar Cinta Kamu karya Fauziah Ashari yang bakal mengisi slot Megadrama di Astro Ria. Menemukan gandingan Amyra Rosli dan Fendy Bakry. Drama bersiri 28 episod ini diarahkan oleh Yusry Abdul Halim. Bakal menemui penonton bermula 17 Disember 2018, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria saluran 104 dan Ria HD saluran 123. 

JUDUL : KAN KU KEJAR CINTA KAMU
JUMLAH EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 17 Disember 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama Astro Ria 104 & Ria HD 123
PENULIS NOVEL : Fauziah Ashari
PENULIS SKRIP : Rozie Rashid, Zakinah Ab. Zarith
PENGARAH : Yusry Abdul Halim
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Amyra Rosli, Fendy Bakry, Delimawati, Hafidz Roshdi, Elya Miera, Syamim Farid, Doria Rachel Jolly, Natasya Mahyan, Mia Nasir, Safwan Nazri, Shah Hazvee, Hafizuddin Fadzil, Zarynn Min, Mahmud Alibashah, Rosnah Johari, RJ, Husna Mustaffa, Oktovia Manrose, Fadzilah Mansor 

WATAK PELAKON 
Amyra Rosli sebagai Alma Hakim
Fendy Bakry sebagai Mukramin Raiyan
Delimawati sebagai Nek Bonda
Hafidz Roshdi sebagai Huzail
Elya Miera sebagai Dilaila
Syamim Farid sebagai Kalsom
Doria Rachel Jolly sebagai Adelea
Natasya Mahyan sebagai Marlisa
Mia Nasir sebagai Qistina
Safwan Nazri sebagai Faris
Shah Hazvee sebagai Raid
Hafizuddin Fadzil sebagai Datuk Seri Hakim
Zarynn Min sebagai Datin Seri Dhiya
Mahmud Alibashah sebagai Muzzamil
Rosnah Johari sebagai Nazurah
RJ sebagai Zack

LAGU TEMA / OST 
Hael Husaini - Hajat

SINOPSIS KAN KUKEJAR CINTA KAMU
Alma dan Raiyan bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara dan berkahwin secara senyap tanpa pengetahuan keluarga sebelum kembalinya ke tanah air.

Sehari selepas berada di tanah air, Raiyan kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa. Alma atur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, dia buru dan dekati Raiyan dalam senyap.

Nek bonda yang digelar 'Hitler' orang berkuasa dalam keluarga Raqib mengetahui Ray sudah berkahwin dengan Alma tetapi disebabkan dendamnya dengan keluarga Alma, Nek Bonda merahsiakan kewujudan Alma daripada Ray. Nek Bonda memilih Dilaila untuk dikahwinkan dengan cucu kesayangannya. 

Bapa Alma, Datuk Seri Hakim pula mahu Alma berkahwin dengan Huzail, anak rakan kongsinya. Alma merahsiakan statusnya kerana bapanya sebelum ini pernah berpesan supaya dia tidak mendekati keluarga Datuk Raqib.

GAMBAR PELAKON
Kan Kukejar Cinta Kamu

Pelakon Kan Kukejar Cinta Kamu
Pelakon drama Kan Kukejar Cinta Kamu

You Might Also Like

1 comments

  1. Mana watak Marni dalam #kkck sebab dalam novel ada watak tu.

    ReplyDelete

recent posts

Facebook

Follow