Drama Jodoh-Jodoh Annisa

Jodoh-Jodoh Annisa

Nantikan drama bersiri Jodoh-Jodoh Annisa yang bakal disiarkan menerusi slot Tiara di Astro Prima dan Prima HD pada 19 Februari 2019 menggantikan drama Selafaz Cinta.. Drama 100 episod terbitan Global Station Sdn Bhd dibawah arahan Riza Baharudin. Membariskan pelakon seperti Izara Aishah, Aaron Aziz, Amar Baharin, Raja Afiq , Afiq Muiz, Shah Iskandar, Fatin Afeefa, Daniella Sya, Fizz Fairuz dan ramai lagi. Akan ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 petang di Astro Prima (saluran 105) dan Astro Prima HD (saluran 121).

JUDUL : JODOH-JODOH ANNISA
JUMLAH EPISOD : 100 episod
TARIKH TAYANGAN : 19 Februari 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 6.00 petang
SIARAN TV : Astro Prima 105 & Prima HD 121
PENULIS SKRIP : La Ode M.Farhan & hanan Novianti
PENGARAH : Mohamad Riza Baharudin
TERBITAN : Elite Forsure Sdn Bhd
PELAKON : Izara Aishah, Aaron Aziz, Amar Baharin, Raja Afiq, Afiq Muiz, Fatin Afeefa, Rosnah Johari, Liza Abdullah, Shiqin Kamal, Fizz Fairuz, Fikhree Bakar, Syeera Aziz, Daniella Sya, Adam Corrie, Badrul Muhayat, Hilal Azman, Shah Rezza, Azhar Amir, Ekin Kamarudin, Zalfa Zin

WATAK PELAKON 
Izara Aishah sebagai Annisa
Aaron Aziz sebagai Nizam
Amar Baharin sebagai Rizal
Shah Iskandar sebagai Syafiq
Afiq Muiz sebagai Ishak
Raja Afiq sebagai Roy
Fizz Fairuz sebagai Rykarl
Hilal Azman sebagai Tuan Azhar
Rosnah Johari sebagai Hayati
Shiqin Kamal sebagai Rita
Fikhree Bakar seagai Haris
Adam Corrie sebagai Jackie
Daniella Sya sebagai Ballin
Fatin Afeefa sebagai Shiela
Ekin Kamarudin sebagai Liza
Khalis Dean Zaqwan sebagai Adam
Aryanna Alyssa Dezek sebagai Sophia

LAGU TEMA / OST 
Jdudul : Sambil
Penyanyi : Irfan Haris & Amira Othman
Lagu : Haiqal Iskandar & Irfan Haris
Lirik : Ubaidillah

SINOPSIS JODOH-JODOH ANNISA
Berkisarkan konflik keluarga dan percintaan. Annisa terpaksa menempuh jalan hidup yang berliku baik dari segi kerjaya dan percintaan. Dugaan hidup memaksa Annisa memilih antara lima jejaka, sementara dia bersaing dalam industri yang didominasi lelaki.

Episod 1
Dato Azhar merancang mengahwinkan anaknya, Anissa dengan Nizam, seorang ahli pernigaan yang berjaya demi kepentingan syarikat F3. Pada hari pernikahan, Annisa mendapat tahu tujuan sebenar ayahnya suruh berkahwin lalu membatalkan perkahwinannya dengan Nizam. Pada masa sama, Dato Azhar dijumpai tersungkur lalu dibawa ke hospital.

Episod 2
Dato Azhar didapati mengalami pendarahan otak dan memerlukan pembedahan. Anissa dihalang oleh Rykarl untuk bejumpa dengan ayahnya kerana dikatakan di penyebab Dato Azhar jatuh sakit. Annisa buntu dan rasa bersalah. Keesokkan harinya, Anissa mula menyiasat masalah yang wujud di syarikat F3. Rykarl pula merancang sesuatu dengan anggota lembaga pengarah F3 supaya kegiatan haram mereka tidak diketahui.

Episod 3
Annisa dihalau daripada hospital atas arahan Rykarl. Dr Ishak berjanji akan menolong Annisa. Annisa terpaksa menumpang rumah Sheila buat sementara waktu. Annisa tidak dibenarkan pulang ke rumah.

Episod 4
Annisa dituduh mencuri dokumen F3 oleh Polis atas aduan Farid. Karl beritahu Lembaga Pengarah, Annisa sudah pun ditahan polis kerana mencuri dokumen F3. Karl usul semua saham Annisa digugurkan.

 GAMBAR PELAKON
Jodoh-Jodoh Annisa