,

Drama Jika Masih Ada Rindu (TV3)

December 18, 2018

Jika Masih Ada Rindu

Nantikan drama bersiri Jika Masih Ada Rindu yang bakal mengisi slot Samarinda di TV3. Menampilkan gandingan Kamal Adli dan Siti Saleha. Drama terbitan FJ Pictures Sdn Bhd dibawah arahan Feroz Kader. Akan bersiaran bermula 19 Disember dari hari Isnin hingga Rabu, jam 10.00 malam di TV3.

JUDUL : JIKA MASIH ADA RINDU
EPISOD : 15 episod
TARIKH : 19 Disember 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Rabu, 10.00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
IDEA ASAL : Shida Zali
PENULIS SKRIP : Shida Zali, Ema Shamsuri, Jay Ishak
PENGARAH : Feroz Kader
PRODUKSI : FJ Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Kamal Adli, Siti Saleha, Fazlina Ahmad Daud, Ellyas Abdullah, Zarynn Min, Ezzaty Abdullah, Meor Mohd, Syafnida Shuhaimi, Syamin Azlah, Ku Zara Eryna, Aznah Hamid, Jasmine Ashraff, Numan Salleh

WATAK PELAKON 
Siti Saleha sebagai Wahida
Kamal Adli sebagai Hisham
Wan Ellyas sebagai Johan
Syafnida Shuhaimi sebagai Melissa
Syamin Azlah sebagai Husna
Fazlina Ahmad Daud sebagai Datin Embun
Ezzaty Abdullah sebagai Suhaila
Zarynn Min sebagai Laila
Meor Mohd sebagai Edy
Ku Zara Eryna sebagai Qistina
Jasmine Ashraf sebagai Wardah
Aznah Hamid sebagai Salmah
Numan Salleh sebagai Pak Mat

LAGU TEMA / OST
Afif Tirmizie - Nadi

SINOPSIS JIKA MASIH ADA RINDU
Mengisahkan Hisham yang kembali mengejar cinta bekas isterinya selepas kemalangan sebaik sahaja dia menceraikan isterinya Wahida. Hisham dan Wahida saling mencintai namun kesibukan Wahida dalam membesarkan anak mereka Qistina dan perlu menjaga ibunya yang sakit telah menjarakkan hubungan mereka. Hisham mula curang dan berani naik tangan akhirnya mengakhiri perkahwinan mereka dengan penceraian. Talak dilafazkan Badrul Hisham terhadap isterinya, Wahida sekali gus memadamkan segala memori indah dalam diri Wahida.

Malang buat Hisham, sejurus selepas bercerai dia terlibat dengan kemalangan yang mengakibatkan dia hilang ingatan. Tersedar daripada koma, Hisham hanya mengingati peristiwa tiga tahun sebelum kemalangan itu. Memori Hisham kekal dengan ingatan bahawa dia bahagia bersama Wahida. Datin Embun, ibu Hisham meminta agar Wahida untuk berlakon di depan Hisham yang dia masih isteri Hisham dan tidak menyebut kisah perceraian mereka. Wahida menolak permintaan Datin Embun. Sudah tiada lagi rasa cinta di hatinya, apa yang tinggal hanyalah kebencian terhadap Hisham.

Apakah yang akan terjadi kepada Hisham jika mengetahui Wahida bukan lagi isterinya? Adakah Wahida akan kembali menerima Hisham?


GAMBAR PELAKON
Jika Masih Ada Rindu

Pelakon Jika Masih Ada Rindu
Pelakon utama drama Jika Masih Ada Rindu

You Might Also Like

2 comments

  1. drama siti saleha yg paling dinanti nantikanya, Rasanya tak sabar sabar dah menantikan persembahan lakonan siti saleha

    ReplyDelete

recent posts

Facebook

Follow