,

Telefilem Purnama (TV3)

September 02, 2018

Purnama tv3

Saksikan telefilem khas Hari Kebangsaan ke-60 berjudul 'Purnama' yang menampilkan lakonan Remy Ishak, Azhan Rani, Eira Syazira dan Kodi Rasheed. Akan ditayangkan di TV3 pada Ahad, 2 September pukul 9 malam. 

JUDUL : PURNAMA
WAKTU SIARAN : Ahad, 2 September 2018, 9:00 malam
SIARAN TV : TV3 (Istimewa Merdeka)
PENGARAH : Yeop Hitler
TERBITAN : Country & Universal Sdn Bhd
PELAKON : Remy Ishak, Azhan Rani, Kodi Rasheed, Eira Syazira, Zulkifli Ismail, Zainol Ismail 

SINOPSIS PURNAMA
Mengisahkan keadaan Kampung Cenderang yang menerima ancaman komunis selama 14 hari. Kisah bermula selepas Anum menjadi saksi pertama melihat mayat kakaknya, Salmah digantung di sebatang pokok tidak jauh dari kampung berkenaan. Sejak kejadian itu, Anum menjadi kurang waras manakala abang iparnya, Taib sangat marah. Taib tidak berpuas hati dan merancang untuk bertemu dengan pegawai Melayu meminta kemerdekaan kampung mereka. Kejadian itu menyebabkan Ketua Kampung, Haji Che Lah mengisytiharkan darurat.

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow