,

Drama Mencari Qiblat (TV3)

October 24, 2018

Mencari Qiblat

Drama terbaru arahan Rashid Sibir bertajuk Mencari Qiblat bakal mengisi slot Zehra di TV3. Ditunjangi oleh Aeril Zafrel. Drama ini mengetengahkan penceritaan berbeza dalam setiap episod. Nantikan tayangannya pada bulan Oktober nanti. 

JUDUL : MENCARI QIBLAT
JUMLAH EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 25 Oktober 2018
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Zehra TV3
PENGARAH : Rashid Sibir
PRODUKSI : Rashbirmedia Sdn Bhd
PELAKON : Aeril Zafrel, Mona Allen, Adam Shahz, Mubarak Majid, Elisya Sandha, Zaharil Adzim, Fauziah Nawi, Azhan Rani, Noorkhiriah, Ashraf Muslim, Zamarul Hisham, Fezrul Khan, Zarul Husin, Farahdhiya, Reen Rahim, Shahzril Ahmad, Khir Rahman, Zarina Zainuddin, Dato Rahim Razali, Dato Ahmad Tarmimi Serigar, Aleza Shadan, Anne Abdullah, Zila Bakarin, Didie Alias, Arash Mohd, Ameerul Asyraf, Syaiful Bahry, Fahrin Ahmad, Elly Mazlein, Mathni Razak, Nadzmi Adhwa

WATAK Pelakon
Aeril Zafrel sebagai Adam
Elisya Sandha sebagai Aida
Azhan Rani sebagai Ustaz Malik
Noorkhiriah sebagai Rosiah
Fezrul Khan sebagai Ruslan
Reen Rahim sebagai dila
Shahzril Ahmad sebagai Aidil

SINOPSIS MENCARI QIBLAT
Mengisahkan Adam, anak tunggal dalam keluarganya dan sudah biasa hidup dengan penuh kemewahan. Oleh kerana Adam lalai serta alpa dengan kemewahan hidupnya di dunia, dia sentiasa berfoya-foya dan kerap melanggar segala hukum-hakam kehidupan sebagai seorang umat Islam sehingga hilang pedoman hidupnya.

Kemalangan jalanraya telah meragut nyawa ibu dan ayah Adam. Kematian mereka ini akhrinya telah memberi kesedaran kepada Adam yang bahawa duniawi ini hanyalah sementara dan selama ini, dia sedang hidup dalam kegelapan. Sejak itu, Adam cuba kembali ke pangkal jalan, dan memahami erti sebenar kehidupan ini. Mampukah Adam mencari qiblat hidupnya?

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow