Drama Mutiara Dalam Debuan Kabus

Mutiara Dalam Debuan Kabus

Nantikan drama adaptasi novel Mutiara Dalam Debuan Kabus karya Manaf Hamzah akan disiarkan pada 6 October 2025 pada setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Slot Megadrama Astro Ria. Drama arahan Harris Fadzillah menampilkan Zahiril Adzim dan Emma Maembong sebagai pelakon utama.

Mutiara Dalam Debuan Kabus

Episod: 24
Tarikh Tayangan: 6 Oktober 2025
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Astro Ria, Astro GO, sooka
Penulis Skrip: Wan Mahani Wan Hassan
Penulis Novel: Manaf Hamzah
Pengarah: Harris Fadzillah
Produksi: SR One Sdn Bhd

Watak Pelakon
Zahiril Adzim sebagai Uzzam Zulkarnain
Emma Maembong sebagai Aslin / Airina
Jasmin Hamid sebagai Rahayu Rahim
Afzan A.Rahman sebagai Redzuan Hassan
Watie Elite sebagai Massirah
Manan Sulaiman sebagai Zulkarnain Ibrahim
Natasya Mahyan sebagai Nora Asyikin
Safura Yaacob sebagai Ubaidah
Rahim Omar sebagai Zulkarnaian
Faye Kusairi 
Muaz Fitri
Khaty Azian
Zalfa Zin
Rashdan Baba

Lagu Tem (OST)
Perasaanku - Fieya Julia
Penantian Luka - Azzam Sham

Sinopsis Mutiara Dalam Debuan Kabus

Mengisahkan Aslin, seorang wanita yang kehilangan ingatan akibat kemalangan langgar lari dan ketika sedar dari koma, dia mendapati dirinya berada dalam perkahwinan yang retak dengan suaminya Uzzam yang dingin dan mengancam untuk berkahwin dengan wanita lain.

Dia kemudiannya berhadapan dengan pelbagai dilema dan persoalan identiti diri, terperangkap antara dirinya yang mungkin bernama Aslin atau Airina, serta dipertemukan dengan wanita lain dalam mimpinya yang penuh dengan kegelisahan.

Dengan semangat waja, dia bertekad untuk mencari kebenaran identitinya meskipun ia berbahaya.