,

Telefilem Renjana (ntv7)

August 25, 2018

Renjana ntv7

Saksikan telefilem Renjana yang membawaka kisah seorang wanita yang obses dengan kecantikan tubuh badannya. Dibintangi oleh Amelia Henderson, Ungku Ismail Aziz, Aidit Noh, Adeline Tsen dan Nik Adam Mika. Telefilem arahan Shuhaimi Lua akan disiarkan di ntv7 pada Ahad ini pukul 8:30 malam.

JUDUL : RENJANA
WAKTU SIARAN : Ahad, 26 Ogos 2018, 8:30 malam
SIARAN TV : Slot Luna (ntv7)
PENULIS SKRIP : Syed Mohamad Taufik
PENGARAH : Shuhaimi Lua Abdulllah
TERBITAN : Tanah Beris Film Production
PELAKON : Amelia Henderson, Ungku Ismail Aziz, Aidit Noh, Adeline Tsen, Nik Adam Mika, Faizul, Farra Shaharudin, Lyna Taufek, Norazlina Ismail

SINOPSIS RENJANA
Nora, seorang wanita muda yang bahagia di sampung suaminya Iqbal. Perkahwinan mereka lebih sempurna dengan kurniaan seorang cahaya mata yang pintar, Adib. Iqbal telah dinaikkan pangkat di syarikatnya. Walaupun sibuk dengan tuntutan kerja, Iqbal tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan ayah.

Nora terpaksa akur dengan permintaan suaminya untuk berpindah ke rumah baharu yang jauh dari keluarga mereka berdua. Iqbal percaya Nora mampu menjaga rumahtangganya dengan baik. Bermulalah rutin harian Nora sebagai seorang suri rumah dan dia merasakan kehidupannnya telah lengkap dan bahagia.

Teman rapatnya Izyan melihat kehidupan Nora amat bosan. Konflik bermula apabila Izyan menegur Nora semakin berisi. Teguran itu telah menggangu fikiran Nora yang selalu berfikiran secara negatif atau bukan-bukan.

Sikap Nora telah mencuri tumpuan Iqbal. Iqbal tidak mengambil kisah dan terima Nora seadanya tetapi Nora mahu dirinya kelihatan cantik dan ramping hanya untuk suaminya. Atas ajakan Izyan, Iqbal membenarkan Nora pergi ke gimnasium.

Nora dan Izyan sering meluangkan masa bersama di gimnasium. Mikaad seorang jurulatih yang berbadap tegap dan kacak telah menarik minat Izyan. Nora tidak senang dengan sikap Izyan yang hanya fokus kepada Mikaad. Pada mulanya, Nora tidak mengendahkan Mikaad, namun dia dikejutkan dengan tindakan beranai Mikaad yang sering menari peluang untuk mendekatinya.

Lama-kelamaan hubungan Nora dan Mikaad semakin rapat hingga Mikaad berani munculkan diri di rumah Nora. Malah Mikaad berkenalan dengan Iqbal dan memberitahu yang dia tinggal di kawangan yang berdekatan.

Pujuk rayu Mikaad berjaya melenturkan hati Nora. Ternyata Mikaad lebih romantis daripada Iqbal. Nora mula hanyut dalam lamunan. Adib selalu mengadu kepada ayahnya tetapi Iqbal yakin dengan Nora. Akibat terlalu leka dengan cinta. Nora telah mengabaikan Adib sehingga berlakunya perkara yang tidak diingini. Adakah Nora mampu menyelamatkan keadaan dan bagaimana dia berdenpan dengan Iqbal nanti. 

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow