,

Drama Bahagia Bukan Bidaan (TV3)

September 02, 2018

Bahagia Bukan Bidaan

Nantikan drama adaptasi novel Bahagia Bukan Bidaan karya Hessa Widad yang akan bersiaran di slot Samarinda TV3. Dibintangi oleh Nora Danish, Adi Putra, Zamarul Hisham dan Ika Nabella. Terbitan produksi Country & Universal Sdn Bhd, dibawah arahan Eoon Shuhaini. Akan menemui penonton mulai 3 September, setiap hari Isnin hingga Rabu pukul 10 malam di TV3.

JUDUL : BAHAGIA BUKAN BIDAAN
JUMLAH EPISOD : 15 episod
TARIKH TAYANGAN : 3 September 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Rabu, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : Hessa Widad
PENGARAH : Eoon Shuhaini
TERBITAN : Country & Universal Sdn Bhd
PELAKON : Nora Danish, Adi Putra, Zamarul Hisham, Ika Nabella, Wan Sharmila, Jonathan Putra, Arja Lee, Mak Wan, Jesse Lim, Hakeem Sufian, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Sheryy Ibrahim, Azri Sabri, Anne Abdullah

WATAK PELAKON 
Nora Danish sebagai Hana (Ain Farhana)
Adi Putra sebagai Nik Zachary
Zamarul Hisham sebagai Azlan
Ika Nabella sebagai Aina
Wan Sharmila sebagai Murni
Arja Lee sebagai Talha
Jonathan Putra sebagai Danny
Lisdawati sebagai Maksu
Fauzi Nawawi sebagai Paksu
Azri Sabri sebagai Lokman
Mak Wan Julia sebagai Rosnah
Sheryy Ibrahim sebagai Kartini 

LAGU TEMA / OST 
Tajuk : Sang Pemilik Hati
Penyanyi : Ronnie Hussein

Tajuk : Kekasihku
Penyanyi : Syam Razalie

SINOPSIS BAHAGIA BUKAN BIDAAN
Mengisahkan Ain Farhana (Hana) yang sanggup mempertahankan rumah tangga dibina dengan Azlan selama 16 tahun demi dua anak mereka iaitu Hakimi dan Haida. Namun selepas mengetahui Azlan menjalin hubungan sulit dengan Aina, staf kepercayaannya, memberi satu impak besar pada kesabaran dan maruah dirinya sebagai isteri dan majikan. Pengakuan Azlan bersama niatnya nak memadukan Hana dengan Aina menyedarkan Hana yang pengorbanannya dan usahanya menyelamatkan rumah tangga mereka selama ini sia-sia. Hana nekad untuk bercerai.

Lepas talak dijatuhkan, Hana bayangkan dia bebas dari seksa cinta. Tapi tidak. Azlan nak mereka rujuk semula dan dalam masa yang sama, niatnya untuk memperisterikan Aina tetap diteruskan. Tempoh berfikir yang diminta oleh Azlan bagaikan neraka buat Hana yang sering didatangi oleh bayang-bayang Aina yang kononnya rasa bersalah dan nak mohon maaf. Azlan tak sedar yang tindakannya buatkan Hana lebih tertekan. Keluar hospital, Hana berpindah terus ke rumah Paksi. Tapi, Azlan tetap mengesanya untuk mereka kembali rujuk. Desakan Azlan yang tak putus-putus buatkan emosi Hana tertekan. Lebih-lebih lagi ugutan Azlan untuk menghalang Hana terus daripada berjumpa anak-anaknya, Hakimi dan Haida.

Kemunculan Talha dalam hidup Hana sebagai teman lama yang baru berjumpa tak memberikan impak pada emosinya. Namun, kesungguhan Talha menjadi pendengar dan sabar dengan sikapnya yang menyendiri buatkan Hana selesa. Murni dan Talha tak putus usaha buatkan Hana kembali bersemangat untuk hidup. Talha yang merupakan psikologi telah menawarkan diri untuk merawati Hana hingga sembuh.

Nik Zachary muncul dalam hidup Hana namun salam perkenalan itu tidak dilayan. Ini kerana Hana mahu hidup tanpa insan bernama suami. Kesungguhan dan keikhlasan Nik membuka mata dan hati Hana.

Cinta mula hadir dalam hati Hana. Namun, Hana mengetahui Nik sebenarnya suami orang. Mampukah Hana keluar dari kemelut jiwa yang membelenggu? Atau Hana bersedia untuk terseksa buat kali kedua?

GAMBAR PELAKON

Bahagia Bukan Bidaan

Pelakon Bahagia Bukan Bidaan
Pelakon drama Bahagia Bukan Bidaan

You Might Also Like

4 comments

  1. I sangat sukakan cerita drama ini. Lagi Ain Farhana merupakan pelakon minat saya.

    ReplyDelete
  2. Kenapa Nik dah ada isteri ��

    ReplyDelete
  3. Tak sabar nak tengok cerita selanjutnya...

    ReplyDelete

recent posts

Facebook

Follow