Drama Plan Cinta (TV3)

Plan Cinta

Drama bersiri Plan Cinta akan disiarkan di slot Iris TV3. Menampilkan gandingan Redza Rosli, Azar Azmi, Nazrief Nazri, dan Neera Azizi. Drama arahan Kyoll Hamzah, terbitan Mache AllStar United. Akan mula disiarkan pada 29 Januari 2019, setiap Isnin hingga Khamis pukul 6:30 petang di TV3.

JUDUL : PLAN CINTA
JUMLAH EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 29 Januari 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 6:30 petang
SIARAN TV : Slot Iris TV3
PENULIS SKRIP : Siti Solehah Abdul Ghani
PENGARAH : Kyoll Hamzah
PRODUKSI : Mache AllStar United Sdn Bhd
PELAKON : Redza Rosli, Azar Azmi, Neera Azizi, Nazrief Nazri, Didie Alias, Amirul Faqeem, Adibah Noor, Ain Sufia, Ucop Cecupak, Emma Naim, Ben Ryzlan, Nurul Asyiqin, Zuldqarrien Izzya, Nik Aqeef Daniel

WATAK PELAKON 
Azar Azmi sebagai Alisya
Redza Rosli sebagai Nizam
Neera Azizi sebagai Mira
Nazrief Nazri sebagai Ismadi
Didie Alias sebagai Rahmah
Adibah Noor sebagai Che Timah
Amirul Faqeem sebagai Irsyad
Ain Sufia sebagai Noni
Ucop Cecupak sebagai Pak Guard Munir 

LAGU TEMA / OST 
Malu Mahu - Mark Adam & Suara Academy
Sayang I Love You - Ezreen & The Classmate
Demam Cinta - Haikal Farid feat Asfan Shah

SINOPSIS PLAN CINTA
Mengisahkan ragam Nizam yang mahu memikat Alisya, adik kepada kawan baiknya sendiri. Alisya belajar di luar negara dan  pulang bercuti semester selama enam bulan.  Alisya belajar di luar negara, pulang pulang bercuti semester selama 6 bulan untuk meraikan hari perkahwinan abangnya, Ismadi.

Tidak mahu membuang masa, Alisya memilih untuk bekerja sambilan sebagai guru sekolah bagi menampung keperluan di oversea nanti. Pertemuan dengan Nizam, di satu taman akibat insiden yang tidak disengajakan telah membibitkan perasaan cinta namun keduanya menafikan perasaan itu sehinggalah Nizam benar-benar jatuh hati pada Alisya ketika merakam foto majlis pertunangan Ismadi dan Mira.

Plan memikat Alisya menjadi mudah apabila Rahmah, ibu Alisya menyokong niat Nizam. Rahmah tidak mahu Alisya terus menetap di luar negara setelah dia tamat belajar kelak. Selain perlu merahsiakan hubungan mereka daripada Ismadi, perhubungan mereka terganggu apabila Alisya turut diminati oleh Cikgu Irsyad.

SINOPSIS PLAN CINTA
Plan Cinta

Pelakon Plan Cinta
Pelakon drama Plan Cinta