Drama Nota Buat Cempaka

Nota Buat Cempaka

Nantikan drama bersiri Nota Buat Cempaka adaptasi daripada novel karya Sophilea yang bakal menemukan gandingan Daler Yusof dan Eyka Farhana. Drama arahan Lizam Togil Ujang. Disiarkan mulai 6 Jun 2019, setiap Khamis hingga Ahad pukul 7 malam di TV1.

JUDUL : NOTA BUAT CEMPAKA
JUMLAH EPISOD : 26 episod
TARIKH TAYANGAN : 6 Jun 2019
WAKTU SIARAN : Khamis-Ahad, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Widuri TV1 (RTM)
PENULIS SKRIP : Sofia J Rhyland
PENGARAH : Lizam Togil Ujang
TERBITAN : A Ten Alliance
PELAKON : Eyka Farhana, Daler Yusof, Allan Toh, Hani Nazrina, Rosnah Johari, Syuhaida Abraz, Marisa Yasmin, Qasrina Qistina, Khairil Anwar Aman, Nadzmi Adhwa, Azhar Amir, Rahim Jailani, Ikhram Juhari, Azzahra Ahmad, Lia Asmizza, Iman Zulkarnain, Zila Bakarin 

WATAK PELAKON 
Eyka Farhana sebagai Cempaka Elina
Daler Yusof sebagai Dr Luqman
Allan Toh sebagai Dr Mathew 
Hani Nazrina sebagai Dyja
Nadzmi Adhwa sebagai Fikry

SINOPSIS NOTA BUAT CEMPAKA
Cempaka Elina yang bekerja sebagai jururawat mempunyai kekasih bernama Fikry. Walaupun hubungannya dengan Fikry ditentang keluarga, dia tetap memperjuangkan cintanya itu.

Bagaimanapun, Fikry memalukan Cempaka dan ahli keluarganya apabila tidak hadir pada majlis pernikahan mereka. Bagi membalas rasa malu yang ditimbulkan Cempaka, dia harus akur dengan permintaan ibu bapanya supaya bertunang dengan lelaki pilihan mereka iaitu Dr Lukman Haris. Walaupun sukar dia cuba bertahan demi menjaga air muka insan yang disayanginya.

Dalam pada itu, Dr. Luqman Harith yang dijodohkan dengan Cempaka Elina atas pilihan keluarganya sama seperti Cempaka. Rela dalam paksa. Hakikatnya dia sudah memiliki pilihan hati sendiri iaitu gadis bernama Dyja.

Hubungan mereka tidak semesra mana bila masing-masing terpaksa memendam rasa kerana tidak pernah mengenali sebelum ini. Luqman pada awalnya begitu ego kerana tak menunjukkan minat terhadap Cempaka.

Namun segalanya berubah dimana dia mula rasa tergugat dengan kehadiran pemuda dikenali sebagai Dr Mathew yang cuba berterusan untuk mendekati dan merebut cinta Cempaka daripanya yang sentiasa dingin.

Sementara itu Cempaka pula dalam diam merasakan dirinya sebagai orang ketiga kepada kisah cinta Luqman dengan kekasihnya Dyja. Pada masa sama Cempaka juga selalu mendapat nota-nota daripada seseorang yang tidak dikenali.

Dapatkah ikatan jodoh yang kuat meleburkan rasa ego dimiliki dalam diri Cempaka mahupun Dr. Luqman?

GAMBAR PELAKON
Pelakon Nota Buat Cempaka
Pelakon drama Nota Buat Cempaka