Amira Rose (TV3)

Amira Rose

Jangan lupa, saksikan gandingan Aiman Hakim dan Farah Nabilah dalam drama siri mini 'Amira Rose' yang ditayangkan pada 17 Jun, Ahad ini jam 11.15 pagi di TV3.  

Episod Raya Amira Rose sepanjang 30 minit akan disiarkan buat kali pertama pada hari Ahad, 17 Jun 2018, jam 11.15 pagi di saluran TV3. Enam episod seterusnya masing-masing terdiri daripada siri mini berdurasi 10 minit akan disiarkan di saluran TV3 pada setiap hari Isnin dan Selasa, jam 9.50 malam dari 25 Jun hingga 10 Julai 2018.

JUDUL : AMIRA ROSE
WAKTU SIARAN : Ahad, 17 Jun 2018, 11:15 pagi
SIARAN TV : TV3 
PENGARAH : Azma Aizal Yusoof 
PELAKON : Aiman Hakim, Farah Nabilah, Sharifah Sakinah, Amyza adnan, Mark Adam, Daler Yusof, Ismail Izzani 

SINOPSIS AMIRA ROSE
Rahman dan Amira merupakan rakan sekerja yang bertugas sebagai vlogger dan penulis. Bagaimanapun, Rahman telah meletak jawatan untuk menyertai sebuah syarikat pesaing beberapa hari sebelum Hari Raya. Amira berasa kecewa dan dikhianati lantas membuat keputusan untuk mengikut rakan sekerja seniornya Mun balik ke kampung untuk meraikan Hari Raya tanpa Rahman.

Setibanya di kampung halaman Mun, Amira bertemu dan tertarik dengan Amir, iaitu sepupu kacak Mun. Rahman yang berasa bimbang bahawa Amira berkemungkinan akan memutuskan hubungan mereka, bergegas ke kampung Mun untuk cuba menambat hati Amira semula.