Demi Hati Arjuna (TV3)

Demi Hati Arjuna

Saksikan telefilem istimewa ramadan berjudul 'Demi Hati Arjuna' yang dibintangi oleh Nad Zainal, Danish Hazriq, Emelda Rosemila dan Zul Huzaimy. Akan bersiaran pada hari Ahad jam 9 malam di TV3.

JUDUL : DEMI HATI ARJUNA
WAKTU SIARAN : Ahad, 27 Mei 2018, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot CerekaAhad TV3
PENULIS SKRIP : Eenaz Mokhtar
PENGARAH : Zul Huzaimy
PELAKON : Nad Zainal, Mohd Danish Hazriq, Emelda Rosemila, Zul Huzaimy, Adiba Yunus

SINOPSIS DEMI HATI ARJUNA
Alia disahkan menghidap penyakit hati Cirrhosis. Alia teringat masa silamnya memang liar. Bagi merawat penyakitnya, dia disaran melakukan transplan. Namun. Alia yang sebatang kara sukar untuk dia mendapatkan penderma. Dia kemudian teringat akan Arjuna, anak yang dia lahirkan 12 tahun dahulu bersama Zafran. Zafran tidak mahu bertanggungjawab. Anak itu diserahkan kepada orang lain selepas dinamakan sebagai Arjuna. Timbul rasa kesal dan sayang terhadap anaknya, akhirnya Alia minta maaf pada Arjuna dan dia tidak akan dapat mengambil hati Arjuna untuk kepentingan dia.

A post shared by Danishhazriq (@danishhazriq) on