Syahadah Terakhir (TV3)

Syahadah Terakhir

Saksikan telefilem arahan Azman Hj Yahya bertajuk Syahadah Terakhir yang menampilkan lakonan Zahiril Adzim, Nina Iskandar, Harun Hashim dan Erry Putra. Akan disiarkan di TV3 pada Sabtu ini jam 9 malam. 

JUDUL : SYAHADAH TERAKHIR
WAKTU SIARAN : Sabtu, 14 April 2018, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENULIS SKRIP : Sofia J Rhyland
CERITAL ASAL : Hani Maryam
PENGARAH : Azman Hj Yahya
TERBITAN : JS Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Harun Hashim, Zahiril Adzim, Nina Iskandar, Erry Putra, Zalfa Zin, Adrianna Qasmia

SINOPSIS SYAHADAH TERAKHIR
Mengisahkan tentang Pak Yusuf yang menyayangi anak-anaknya Razlan dan Rafidah bagai menatang minyak yang penuh sehingga mereka berjaya. Konflik bermula selepas kematian isterinya.

Pak Yusof menumpang rumah anaknya secara bergilir. Oleh kerana kerenahnya yang cerewet, ia menguji kesabaran Zaidi, suami kepada Rafidah.

Pak Yusof mula membanding-bandingkan harta Rafidah dengan Zaidi. Dia mula mengatur kehidupan Rafidah. Rafidah pula tersepit antara bapa dan suaminya.