Drama Doa Ku Mohon (TV3)

Doa Ku Mohon

Nantikan drama bersiri 'Doa Ku Mohon' arahan Rusdi Ramli yang akan mengisi slot Iris di TV3. Antara pelakonnya ialah Muntazar Ghufran, Eina Azman, Sweet Qismina, Syamim Razi, Afzan A. Rahman, Niena Baharun dan ramai lagi. Akan menemui penonton pada bulan ramadan nanti.

JUDUL : DOA KU MOHON
JUMLAH EPISOD : 10 episod
TARIKH TAYANGAN : 23 Mei 2018
WAKTU SIARAN : Rabu & Khamis, 6:30 petang
SIARAN TV : Slot Iris TV3
PENULIS SKRIP : Maizura Ederis & Ctna Marzuki
PENGARAH : Rusdi Ramli
TERBITAN : Jutaan Ringit Sdn Bhd
PELAKON : Muntazar Ghufran, Eina Azman, Sweet Qismina, Syamim Razi, Afzan A. Rahman, Safwan Syafiq, Niena Baharun, Julia Farhana Marin, Neera Azizi, Azira Shafinaz, Hafidz Roshdi, Reen Rahim, Azrel Ismail, Annie Arifin, Sherry Ibrahim, Eyra Hazali, Sharifah Shahora, Syafi Danish Suhaimi, Armand Ezra, Qazem Nor

WATAK PELAKON 
Muntazar Ghufran sebagai Boy
Eina Azman sebagai Kasma
Sweet Qismina sebagai Batrisya
Syamim Razi sebagai Aidil
Hafidz Roshdi sebagai Aiman
Safwan Syafiq sebagai Ustaz Helmi

SINOPSIS DOA KU MOHON
Mengisahkan Boy, seorang budak gemuk yang pantang melihat makanan. Dia akan makan dengan lahapnya tanpa baca doa. Kasma sudah puas menasihati anaknya. Boy akhirnya menyesal apabila dia terkena keracunan makanan. Sejak itu, Boy akan baca doa makan setiap kali mahu makan. Kakak Boy mengamalkan doa penenang hati untuk menduduki peperiksaan. Hana selalu mengamalkan doa sebelum dan selepas ke tandas. Omar yang enggan baca doa tergelincir ketika masuk ke tandas dan menyebabkan kakinya patah. Sejak itu, Omar berjanji akan mengamalkan doa sebelum dan selepas ke tandas.

GAMBAR PELAKON 
Doa Ku Mohon