Drama Shah & Zam (TV3)

Shah & Zam

Drama bersiri Zam & Shah yang akan menemui penonton di slot Iris TV3. Menampilkan barisan pelakon seperti Faiz Tapaw, Bell Ngasri, Nadia Brian Nadiyah Shahab, Aliff Yasraff dan ramai lagi. Drama komedi ini diarahkan oleh Jamal Khan terbitan Zamriez Golden Picture Sdn Bhd.

JUDUL : ZAM & SHAH 
TARIKH TAYANGAN : 27 Jun 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 6:30 petang
SIARAN TV : Slot Iris TV3
PENULIS SKRIP : MF Kencana
PENGARAH : Jamal Khan
TERBITAN : Zamriez Golden Picture Sdn Bhd
PELAKON : Bell Ngasri, Faiz Tapaw, Nadia Brian, Nadiyah Shahab, Jasmin Hamid, Aliff Yasraff, Gbob, Idris Md Diah, Aishah Sudin, Din Glamour, Mak Siti, Hamdan Haji Ramli, Rozita Che Wan, Vanida Imran, Kuza, Joey Daud, Jasmin Hamid, Dato Jalalluddin Hassan, Meera James, Zee Zainal

WATAK PELAKON 
Bell Ngasri sebagai Shah
Faiz Tapaw sebagai Zam
Nadia Brian sebagai Mila
Nadiyah Shahab sebagai Amyra
Jasmin Hamid as Kak Senah
Aliff Yasraff sebagai Jiman
Gbob sebagai Jidin
Rozita Che Wan sebagai Datin Nita
Vanida Imran sebagai Datin Bibi
Kuza sebagai Datin Anis
Jasmin Hamid sebagai Kak Senah
Dato Jalalluddin Hassan sebagai Dato Abai
Meera James sebagai Kak Girl
Zee Zainal sebagai Budak Skema 

LAGU TEMA / OST 
Jatuh Bangun - Haqiem Rusli
Aku Ingin - RIfqie

SINOPSIS ZAM DAN SHAH
Mengisahkan tentang Zam dan Shah merupakan dua sahabat yang kurang cemerlang dalam pelajaran.  Sejak di bangku sekolah lagi, mereka berada di kelas paling corot, menyusahkan cikgu, dan menjadi musuh guru disiplin. Disebabkan keputusan SPM yang tidak cemerlang, tiada universiti yang mahu menerima permohonan mereka.

Justeru, mereka mahu membuktikan kepada orang kampung, walaupun hanya berkelulusan SPM, mereka mampu berjaya dan menjadi jutawan. Oleh itu, mereka mula lakukan pelbagai jenis pekerjaan, tetapi setiap pekerjaan yang dilakukan mereka gagal kerana masalah mereka sendiri. Dapatkah Shah dan Zam membuktikan kejayaan mereka kepada warga kampung mereka dan menjadi jutawan?

GAMBAR PELAKON
Zam & Shah