Drama Aku Di Sisimu (TV1)

Pelakon Aku Di Sisimu

RMT akan menyiarkan drama bersiri Aku Di Sisimu yang menampilkan Fouziah Gous sebagai watak utama turut membariskan pelakon seperti Natasha Elyzza, Haeryanto Hassan, Azhan Rani, Fariz Isqandar, Wan Rania dan Hilal Azman. Drama bersiri 25 episod ini diarahkan oleh Johan Bahar. Akan menemui penonton bermula 17 Disember 2017, setiap Jumaat hingga Ahad, pukul 7.00 malam menerusi slot Widuri TV1.

JUDUL : AKU DI SISIMU
EPISOD : 26 episod
TARIKH TAYANGAN : 17 Disember 2017
HARI / MASA : Jumaat-Ahad, 7.00 malam
SIARAN : Slot Widuri TV1
SKRIP : Baizura Kahar
PENGARAH : Johan Bahar
TERBITAN : KL Motion Pictures 
PELAKON : Fouziah Gous, Natasha Elyzza, Haeryanto Hassan, Azhan Rani, Fariz Isqandar, Wan Rania, Hilal Azman, Azzahra Ahmad, Hafiz Halim, Fikri Zubiri, Zazo

WATAK PELAKON 
Fouziah Gous sebagai Laila
Natasha Elyzza sebagai Mira
Azhan Rani sebagai Faizal
Haeryanto Hassan sebagai Nasa
Hilal Azman sebagai Pak Shukor
Wan Rania sebagai Sarah
Azzahra Ahmad sebagai Ummi 
Hafiz Halim sebagai Rozali
Fikri Zubiri sebagai Azril

SINOPSIS AKU DI SISIMU
Kisah dilema yang dihadapi oleh Laila, seorang suri rumah setelah suaminya, Nasa terlibat dalam kemalangan jalan raya dan terus berada di dalam keadaan koma. Sarah menganggap Laila yang menjadi punca papanya kemalangan terus tidak bercakap dengan mamanya.

Mira, jururawat yang bertugas di hospital tempat Nasa dirawat berjaya memujuk Sarah bercakap kembali dengan mamanya. Mira yang tidak mempunyai anak baru sahaja ditawarkan pemberhentian kerja secara ‘VSS’ bercadang menggunakan wang pampasan untuk menjalani rawatan ‘IVF’ tetapi ditegah oleh suaminya.

Laila cuba bekerja tetapi terpaksa berhenti kerana tidak mampu memberi komitmen antara kerja, anak-anak dan suaminya. Bapa Laila yang bersimpati dengan Laila yang tidak bekerja telah menyerahkan geran tanah supaya Laila menjual tanah tersebut bagi menampung kos rawatan Nasa yang tinggi.

Di hospital yang sama En. Shukor yang menghidap kencing manis berada di bawah jagaan Mira. En. Shukor yang sudah boleh discaj tetapi tidak mahu pulang kerana dua orang anaknya Sajiah dan Suria tidak mampu menjaga dia dan asyik bergaduh. Dia yang mengetahui Mira menerima ‘VSS’ menyarankan supaya Mira membuka rumah jagaan pesakit kerana dia ingin terus dijagai oleh Mira.

Laila yang mula bekerja terpaksa berkejar-kejar setiap hari untuk menguruskan anak-anak, menyiapkan kerja di pejabat yang menimbun dan menjenguk suami di hospital. Mira yang bersimpati dengan Laila mengajak dia minum di kantin dan berbual-bual. Mira memberitahu dia bercadang membuka rumah jagaan pesakit kepada Laila tetapi tidak cukup modal kerana kosnya tinggi. Laila bersetuju untuk menjadi rakan kongsi lalu menghantar surat perletakan jawatan setelah mendapat sokongan daripada ayahnya.

Bermula misi mereka berdua dalam menubuhkan pusat jagaan pesakit. Pelbagai halangan terpaksa mereka lalui.

Berjayakah Laila dan Mira membuka pusat jagaan pesakit?