Telefilem Kismet (TV3)

Kismet tv3

Saksikan lakonan Eman Eman, Vanidah Imran, dan Miera Leyana dalam telefilem Kismet pada Sabtu ini pukul 9 malam di TV3.

JUDUL : KISMET
TARIKH / MASA : Sabtu, 30 September 2017, 9 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Mohd Noor Kadir
TERBITAN : Kuasatek Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Eman Eman, Vanidah Imran, Miera Leyana, Puteri Syahadah Nurjannah, Liza Abdullah, Kapt.Mohd Nor Bon, Dato Jalaluddin Hassan, Ayuna Yusof, Sherry

SINOPSIS KISMET
Kisah Shahrom ialah seorang ahli perniagaaan yang berjaya. Dia mempunyai seorang isteri bernama Farah dan anak perempuannya Rania pula berusia 12 tahun. Hubungan mereka mula dingin apabila Shahrom telah menjalin hubungan sulit dengan Nora yang dijadikan perempuan simpanannya. Shahrom banyak menghabiskan masa bersama Nora dan merancang untuk berkahwin. Nora telah membawa Shahrom bertemu dengan ibu bapanya yang terpaksa memberi restu terhadap hasrat mereka. Farah mendiamkan diri kerana tidak mahu emosi Rania yang akan menduduki peperiksaan UPSR terganggu. Akibat tekanan jiwa yang dilaluinya, Farah telah mengalami sakit jantung tetapi merahsiakannya dari pengetahuan orang lain termasuk Shahrom. Farah berbincang dengan Shahrom untuk berlakon berbaik depan Rania agar dia tidak sedih. Suasana tersebut telah mengembalikan perasaan nostalgia kepada Shahrom yang mula menilai semula tentang hubungannya dengan Farah.