
Nantikan Tonton Original Series terbaharu, Anugerah Tanpa Cahaya arahan Amor Rizan bakal bersiaran di Tonton bermula 16 Mac 2026, setiap Isnin dan Selasa. Diterajui barisan pelakon seperti Puteri Balqis, Azhan Rani, Amyza Aznan, Zairi Aziz dan Hafeez Mikail.
Anugerah Tanpa Cahaya
Episod: 10
Tarikh Tayangan: 16 Mac 2026
Waktu Siaran: Isnin - Selasa, 12.00 tengah malam
Platform Penstriman: tonton
Penulis Skrip: Naza Manas
Pengarah: Amor Rizan
Produksi: Anomali Media Sdn Bhd
Watak Pelakon
Puteri Balqis sebagai Husna
Azhan Rani sebagai Bahar
Amyza Aznan sebagai Tijah
Zairi Aziz
Hafeez Mikail sebagai Zafran
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Sedikit Waktu
Penyanyi: Imran Ajmain
Sinopsis Anugerah Tanpa Cahaya
Bahar (Azhan Rani) dan Tijah (Amyza Aznan) membesarkan Husna, seorang bayi yang ditemui di luar rumah mereka, lalu dijadikan anak angkat dengan sepenuh kasih sayang. Namun di sebalik kebahagiaan itu, timbul keresahan dalam diri Tijah apabila Bahar terlalu memanjakan Husna dan menuruti segala kehendaknya.
Apabila meningkat remaja, Husna (Puteri Balqis) mula memberontak. Dia sering ponteng sekolah, menipu, mencuri, dan pada masa yang sama, mengimpikan kehidupan mewah. Dia akhirnya melarikan diri dari rumah dan terjerumus ke dalam hubungan dengan Zafran (Hafeez Mikail), seorang lelaki lebih berusia yang mempunyai sisi gelap. Terpengaruh dengan dunianya, Husna semakin jauh daripada keluarga.
Husna semakin menolak jauh Bahar dan Tijah, menyangkal asal-usulnya dan memilih cita-cita serta kemewahan berbanding keluarga. Pilihan hidupnya mula membawanya ke dalam bahaya, lalu menguji ikatan kasih antara ibu bapa dan anak.