Nora Bam Boom (TV2)

Nora Bam Boom

Jangan lupa saksikan telefilem komedi Nora Bam Boom yang menampilkan lakonan Diana Danielle, Dato’ Ahmad Tamimi Siregar, Zarina Zainuddin, Jasmin Hamid dan ramai lagi. Telefilem arahan Khalid Sulaiman ini akan disiarkan pada hari Jumaat, 21 Julai 2017, pukul 9.30 malam menerusi slot Citra di TV2. 

JUDUL : NORA BAM BOOM
TARIKH / MASA : Jumaat, 21 Julai 2017, 9.30 malam
SIARAN : Slot Citra ( TV2 | RTM )
SKRIP : A Wahid Nasir
PENGARAH : Khalid Sulaiman
TERBITAN : Filmmecca Studio Sdn Bhd
PELAKON : Diana Danielle, Dato’ Ahmad Tamimi Siregar, Zarina Zainuddin, Jasmin Hamid, Hafizee Hatta, Nor Azifah Abidin, Zaidi Omar

SINOPSIS NORA BAM BOOM
Memaparkan kisah Nora, gadis yang berkahwin dengan lelaki tua seusia ibunya. Pelbagai konflik kekeluargaan melucukan terjadi bila perkahwinan mereka tidak mendapat restu ibu Nora.

Nora bekerja di pusat kecantikan Bam Boom. Kerana desakan orang sekeliling apatah lagi usianya yang semakin meningkat akhirnya dia bersetuju menerima Pak Ali, lelaki berusia 70 tahun sebagai suaminya. Nora tetap dengan keputusannya walaupun ditentang oleh ibunya Cik Semah, seorang pengamal herba dan pembuat jamu.

Begitu pun Cik Semah akhirnya terpaksa menerima, Pak Ali yang dianggap sebagai musuh nombor satunya kini menjadi menantunya. Pada masa sama Cik Semah agak kekok dan kurang selesa bila Pak Ali memanggilnya “mak”.

Hakikatnya dalam diam rupanya Cik Semah menaruh hati pada Pak Ali yang juga digilai oleh Cik Nam, kawan baik Cik Semah. Itu yang membuatkan Cik Semah cemburukan anaknya apatahlagi bila Cik Nam juga turut mempersendakannya.

Muncul pula Jef, bekas teman lelaki Nora yang cuba mendapatkan Nora kembali. Dia cuba berbaik-baik dengan Cik Semah untuk mencapai hajatnya itu apatahlagi dia pun tahu Cik Semah tidak merestui perkahwinan mereka itu.

Abang Ali mula mencuriga bila dapati Jef rapat dengan mentuanya. Jef cuba memisahkan Pak Ali dengan Nora. Cik Semah dan Pak Ali berasa kekok tinggal di rumah berdua.

Merasa tertekan melihat gelagat Pak Ali dan anaknya, Nora, Cik Semah berhasrat hendak balik ke kampung halamannya di Cemor, Perak. Namun, hasratnya terbantut apabila Nora mula mengandung. Lalu apakah kesudahannya? Dapatkah Cik Semah menerima ketentuan takdir?

Pelakon Nora Bam Boom
Pelakon telemovie Nora Bam Boom