Detik Berputar (TV1)

detik berputar

Telefilem Detik Berputar dibintangi oleh Catriona Ross, Shah Iskandar, Syaffiq Sahli, dan Adam Shahz. Akan mengisi slot Panggung Seri di TV1 pada Sabtu ini, pukul 10.05 malam menerusi TV1. Bagi yang tidak sempat, berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my) atau muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

JUDUL : DETIK BERPUTAR 
TARIKH / MASA : Sabtu, 3 Jun 2017, 10.05 malam
SIARAN : Slot Panggung Seri (TV1-RTM) 
PENGARAH : Joe Yusof
TERBITAN : Mega United Pictures 
PELAKON : Catriona Ross, Shah Iskandar, Syaffiq Sahli, Ramli Saleh, Adam Shahz, Abby Nour

SINOPSIS DETIK BERPUTAR 
Selepas kematian Datuk Kamal, pemilik Melati Holding, berlaku pertikaian antara anak-anaknya iaitu Zaki dan Imran tentang siapa yang akan menerajui syarikat. Ibu mereka, Datin Suriawati meminta mereka untuk keluar mengembara tanpa bekalan selama enam bulan untuk mengenal diri. Selepas balik, salah seorang dari mereka akan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat.

Zaki keluar dari rumah dan menumpang kawannya Rahman di apartmen mewah. Sementara adiknya Imran yang tiada hala tujuan telah dilanggar di depan masjid dan pengsan. Imran dibantu oleh jemaah masjid dan dibawa ke rumah Pak Mat, seorang pemungut kotak-kotak kertas untuk dijual. Apabila Pak Mat jatuh sakit, Imran telah menggantikan tugas Pak Mat memungut kotak.

Setelah genap enam bulan, Zaki pulang ke rumah dan Imran pulang seminggu kemudian bersama Pak Mat. Kedatangan Pak Mat ke rumah tidak disenangi Datin lalu meminta Pak Mat balik. Rupa-rupanya Pak Mat adalah bekas pemandu arwah Datuk Kamal dan dia tahu banyak tentang keluarga itu.

Jawatan CEO telah diserahkan kepada Zaki tetapi Imran tidak meluluskan tuntutan Zaki kepada syarikat untuk membayar hutangnya kepada Rahman. Zaki mendapat tahu bahawa Imran adalah anak angkat dan memberitahu Imran.

Datin Suriawati sangat marah lalu memberitahu Zaki bahawa dia sebenarnya adik-beradik kandung dengan Imran. Datin Suriawati berterus-terang mereka berdua adalah anak kepada arwah isteri muda Datuk Kamal. Zaki yang telah insaf telah menghalang Imran yang ingin keluar mengembara sekali lagi.

Lalu apakah tindakan Zaki seterusnya? Adakah dia benar-benar ikhlas menyerahkan jawatan tersebut atau ada muslihat yang tersembunyi?