Telefilem Pujaan Malaya (TV9)

Pujaan Malaya TV9

Saksikan telefilem terbaru arahan Shuhaimi Lua bertajuk Pujaan Malaya yang bakal disiarkan di slot Skrin Di 9. Membariskan pelakon seperti Idris Khan, Ruhainies, Azad Jasmin, Nadzmi Adhwa dan ramai lagi. Telefilem komedi romantik terbitan Tanah Beris Film Production itu akan ditayangkan pada 15 Ogos ini, Isnin pukul 8.30 malam di TV9.

JUDUL : PUJAAN MALAYA
TARIKH / MASA : Isnin, 15 Ogos 2016, 8.30 malam
SIARAN : Skrin Di 9 (TV9)
SKRIP : Zyza Backy
PENGARAH : Shuhaimi Lua
TERBITAN : Tanah Beris Film Production Sdn Bhd
PELAKON : Idris Khan, Ruhainies, Azad Jasmin, Nadzmi Adhwa, Shamsul Ghau Ghau, Balkisyh Semundur Khan

SINOPSIS PUJAAN MALAYA
Pak Akob membesarkan Lisa semenjak ibu Lisa meninggal dunia akibat kanser. Pak akob terlalu memanjakan Lisa sehinggakan Lisa menjadi seorang gadis yang malas dan tidak mampu untuk berdikari. Semenjak ketiadaan Pak Akob, Lisa terpaksa mengambil tugas Pak Akob sebagai pengurus di kaje Pujaan Malaya milik ayahnya. Kemunculan seorang jejaka kacak, Yusri di kafenya membuatkan Lisa berubah 360 darjah. Sementara itu, Zack, seorang peniaga kain turut menaruh hati terhadap Lisa dan melakukan berbagai cara untuk menarik hati Lisa. 

Pelakon Pujaan Malaya
Pelakon telemovie Pujaan Malaya