Drama Bibik Bibikku (TV3)

Bibik Bibikku

Drama komedi romantik Bibik Bibikku terbitan Mache All Star United akan bersiaran menerusi slot istimewa Ramadan di TV3. Drama arahan  Khalid Nadzri itu dibarisi ramai pelakon tanah air seperti Ungku Ismail Aziz, Fasha Sandha, Julia Ziegler, Bienda, Amyza Aznan, Dottie dan ramai lagi. Disiarkan bermula 6 Jun ini, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 12.30 tengah hari hingga 1.00 petang

JUDUL : BIBIK-BIBIKKU
EPISOD : 18 Episod
TARIKH TAYANGAN : 6 Jun 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 12.30 tengah hari
SIARAN : Istimewa Ramadan TV3
SKRIP : MF Kencana
PENGARAH : Ahmad Khalid Ahmad Nadzri
TERBITAN : MacheAllStar United Sdn Bhd
PELAKON : Ungku Ismail Aziz, Fasha Sandha, Syafi Danish, Mitilda, Julia Ziegler, Bell Ngasri, Bienda, Amyza Aznan, Syuhaida Abraz (Dottie), Wan Maimunah, Faye Kusairi, Balqish Semundur Khan, Ezzaty Abdullah, Wan Sharmila, Noorkhiriah, Sabhi Saddi, Enot, Nadia Anuar, Kismah Johar, Ayuna Yusof

WATAK PELAKON
Ungku Ismail Aziz sebagai Dr Hanafi
Fasha Sandha sebagai Qaisara
Syafi Danish sebagai Alif
Duerra Mitilda sebagai Erin
Wan Sharmila sebagai Puan Huda
Bell Ngasri sebagai En Zami
Ezzaty Abdullah sebagai Syakila

Enot sebagai Bibik Tim
Bienda sebagai Bibik Liza
Julia Ziegler sebagai Bibik Mary
Amyza Aznan sebagai Bibik Yanti
Nazia Mustafar sebagai Bibik Puspa
Faye Kusairi sebagai Bibik Ros
Wan Maimunah sebagai Bibik Ton
Balkish Semundur Khan sebagai Bibik Aida
Dottie sebagai Bibik Mona

LAGU TEMA / OST BIBIK-BIBIKKU
Lagu : Bibik-Bibik Ku
Penyanyi : Aesar Mustapha

SINOPSIS BIBIK BIBIKKU
Cerita romantik komedi berkisar sebuah keluarga yang tinggal di bandar. Doktor Hanafi dan isterinya, Puan Qaisara (suri rumah) mempunyai dua orang anak, Alif (7) dan Erin (6). En Hanafi dan Pn Qaisara adalah pasangan muda yang berkahwin awal. Kehidupan En Hanafi dan Pn Qaisara, walaupun sudah 8 tahun mendirikan rumah tangga, mereka masih lagi bergurau senda dan saling cemburu antara satu sama lain. Lebih-lebih lagi, En Hanafi doktor yang muda dan ramai gadis-gadis terpikat kepadanya mendatangkan kegusaran di hati Pn Qaisara. Pn Qaisara seabagai ibu muda, walaupun baru berusia 27 tahun, dia tetap nampak cun cantik dan ramping pinggangnya. Pernah juga dia dingorat dan disangka masih anak dara. Ia membuatkan En Hanafi sedikit cemburu. Pelbagai konflik berlaku di rumah mereka disamping melayani ragam pembantu rumah dengan pelbagai kerenah.

GAMBAR PELAKON
Drama Bibik Bibikku
Keluarga Dr Hanafi
Bibik Bibikku TV3
antara pelakon melakonakan watak pembantu rumah