Drama Sekali Aku Jatuh Cinta (TV3)

Sekali Aku Jatuh Cinta TV3

Nantikan drama terbaru Sekali Aku Jatuh Cinta yang dilakonkan oleh Syafiq Kyle, Mimi Lana, Faye Kusairi dan ramai lagi. Kisah jururawat lelaki yang berusaha mendapatkan cinta pandang pertamanya. Drama arahan Pali Yahya itu akan disiarkan menerusi slot Iris TV3 bermula 27 April 2016, pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang.

JUDUL : SEKALI AKU JATUH CINTA
EPISOD : -
TARIKH TAYANGAN : 27 April 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 6.30 petang
SIARAN : Slot Iris TV3
PENGARAH : Mohd Fadzli @ Pali Yahya
TERBITAN : SRS Production Sdn Bhd
PELAKON : Syafiq Kyle, Mimi Lana, Faye Kusairi, Razak Ahmad, Roy Azman, Aida Khalida

WATAK PELAKON
Syafiq Kyle sebagai Johan
Mimi Lana sebagai Izzati
Faye Kusairi sebagai Anna
Razak Ahmad sebagai Tok Ayah
Aida Khalida sebagai Aishah
Roy Azman sebagai Zain
Meor Mohd sebagai Farid
Rozie Othman sebagai Hasnah
Ropie Cecupak sebagai Husein
Suehada Hamis sebagai Zura
Badrul Haisham sebagai Pak Su

LAGU TEMA / OST SEKALI AKU JATUH CINTA
Tajuk : Tetap Dirimu
Artis : Selasa Band

Tajuk : Ragu-Ragu
Artis : Syed Shamim & Tasha Manshahar 

SINOPSIS SEKALI AKU JATUH CINTA
Mengisahkan Johan(Syafiq Kyle), 24 tahun, baru sahaja menamatkan latihan praktikalnya sebagai seorang jururawat. Johan berasa sangat bangga akhirnya berjaya juga dia menamatkan pengajian kejururawatan biarpun selalu di ejek oleh rakan-rakan kerana kerjaya itu lebih sesuai dengan perempuan. Prinsip hidup Johan, pesakit lelaki hanya layak dijaga oleh jururawat lelaki. Jadi apapun orang nak cakap. Dia tidak peduli. Sementara menunggu konvokesyen, mak Johan menyuruh Johan mencari apa-apa kerja part time daripada buang masa keluar dengan kawan-kawan. Entah bagaimana sedang dia duduk di sebuah restoran, sebuah insiden cemas dan lucu memulakan segalanya.

Izzati (Mimi Lana) cucu Tok Ayah (Razak Ahmad) sedang bersiar-siar dan sedang berjalan menuju ke restoran yang sama. Merasakan sesuatu yang istimewa, Johan jatuh cinta padang pertama. Namun sebelum sempat Izzati melangkah masuk, Tok Ayah jatuh ditolak penjenayah yang sedang melarikan diri daripada pihak polis.

Tok Ayah rebah. Johan menjerit, “saya jururawat, saya jururawat” dan segera membantu Tok Ayah. Semua cemas tetapi pelik kerana selalunya doktor yang menawarkan diri untuk bantuan sebegini tetapi kali ini jururawat pula beriya. Tok Ayah berjaya dikejarkan ke hospital dan Johan tanpa malu sibuk menguruskan Tok Ayah dan mengikut Izzati. Dalam masa yang sama Johan terdengar bahawa Tok Ayah memerlukan jururawat peribadi untuk menjaganya di rumah.

Johan yang tertawan dengan Izzati berharap Tok Ayah menawarkannya pekerjaan jururawat peribadi. Tetapi masalah utamanya, dia masih belum diiktiraf sebagai jururawat. Johan tahu dia perlu menipu untuk bekerja di rumah Tok Ayah demi mendekatkan dirinya dengan Izzati. Adakah cinta Johan bakal berbalas? Bagaimana jika Tok Ayah mengetahui perkara sebenar bahawa tentang Johan yang sebenarnya belum lagi ditauliahkan sebagai jururawat terlatih? 

GAMBAR PELAKON

Pelakon Sekali Aku Jatuh Cinta tv3
Pelakon drama Sekali Aku Jatuh Cinta