Sinopsis Ejen Ali (TV3)

Ejen Ali

TV3 akan menyiarkan siri animasi tempatan terbaru bertajuk Ejen Ali yang bakal bakal menemui penonton menerusi slot Bananana. Ianya berkisahkan kehidupan seorang perisik cilik. Ali dengan bantuan alat-alat teknologi yang canggih dalam membanteras penjenayah. Siri 13 episod itu merupakan harta intelek pertama milik Media Prima Berhad dengan kerjasama syarikat WAU Animation Sdn Bhd. Saksikan siri animasi Ejen Ali yang akan bersiaran bermula 8 April 2016, setiap Jumaat jam 5.30 petang di TV3.

JUDUL : EJEN ALI
EPISOD : 13 episod 
TARIKH TAYANGAN : 8 April 2016
HARI / MASA : Jumaat, 5.30 petang
SIARAN : Bananana TV3 
PENGARAH : Usamah Zaid
TERBITAN :  WAU Animation / Media Prima Berhad
PELAKON : Media Prima Berhad dengan usahasama dari WAU Animation.

WATAK SUARA
Ali / Comot - Ida Rahayu Yusoff
Bakar - Shafiq Isa
Viktor /General Rama / Ejen Rizwan - Azman Zulkiply
Alicia - Noorhayati Maslini Omar
Jenny - Noor Meirysha Nurol Ashikin
Dos - Nurul Radhiah Binti Ibrahim
Trez - Megat Zahrin Megat Hisham
Puan Munah - Roshilawaty Razlan
Aunty Faye - Noranis Ismail
Shaun - Mohammad Nur Syafiq Azhar
Syed - Syed Mohd Asyraf Syed Sober



SINOPSIS EJEN ALI 
Ejen Ali mengisahkan seorang pelajar sekolah rendah yang tanpa sengaja melibatkan dirinya dalam dunia perisikan. Semuanya bermula apabila Dos seorang agen jahat yang cuba mencuri sebuah alat berteknologi tinggi yang mampu mengubah dunia iaitu I.R.I.S (Infinity Retinal Intelligence System) yang dicuri daripada pusat latihan M.A.T.A (Meta Advance Tactical Agency).

Ketika Dos cuba menyerahkan alat itu kepada rakannya, tanpa dirancang Ali telah mendapatkan bungkusan berisi I.R.I.S. Ejen Dos dan Trez cuba mendapatkannya kembali tetapi di dalam insiden itu, Ali telah mengaktifkan sistem IRIS sehingga hanya dirinya sahaja mampu menggunakan alat tersebut. Oleh sebab itu, Ali terpaksa menjadi ejen baru M.A.T.A dan menyelamatkan Bandar Cyberaya dari sebarang ancaman bahaya. Malah menerusi tugasan barunya itu nanti, Ali bakal menemui potensi dirinya yang sebenar.

Ejen Ali logo
Logo Ejen Ali

GAMBAR EJEN ALI

Ejen Ali Malaysia

EjenAli

Watak Ejen Ali