Telefilem Biah Sport (TV9)

Biah Sport

Isnin ini saksikan telefilem khas sempena tahun baru Cina bertajuk 'Biah Sport' lakonan Dayana Roza, Sean Lee, Harris Alif dan ramai lagi. Telefilem produksi Timore Niaga Sdn Bhd diarahkan oleh Zamri. Bersiran pada pukul 8.30 malam di slot Skrin Di 9 saluran TV9.

JUDUL : BIAH SPORT
TARIKH / MASA : Isnin, 8 Februari 2016, 8.30 malam
SIARAN : Skrin DI 9 (TV9)
PENGARAH : Zamri
TERBITAN : Timore Niaga Sdn Bhd
PELAKON : Dayana Roza, Sean Lee, Harris Alif, Dato Jamali Shadad, Zul Handy Black, Fauzinawawi, Taufiq Hanafi

SINOPSIS BIAH SPORT
Mengisahkan Biah yang diberi gelaran Biah Sport kerana gemar mengenakan kasut sukan mahupun berbaju kurung. Biah seorang yang sentiasa positif dan hidup tanpa menghiraukan komen yang dilemparkan terhadap dirinya. Biah menyimpan keinginan untuk menjadi chef pastri. Keinginan Biah untuk mengikuti pengajian di pusat latihan seni masakan mendapat cabaran kerana dia dibenci oleh Encik Radzi, pengelola pusat tersebut. Namun Biah kini mempunyai azam baru dan mula berubah apabila mengenali seorang lelaki Cina yang bernama Alex yang yang tinggal bersama pak ciknya di kampung setelah kematian ibu bapanya. Keunikan dan ketulusan Biah membuatkan Alex tertarik dan berkawan dengannya. Keakraban Biah dan Darren menimbulkan rasa kurang senang pada Faiz, rakan Biah sejak kecil yang dalam diam telah menaruh hati padanya.

Biah Sport TV9
Pelakon telemovie Biah Sport