Drama Kak Marr (TV3)

Kak Marr

Produksi Zeel Production Sdn Bhd akan membawakan drama komedi terbaru berjudul 'Kak Marr' arahan Emi Suffian. Dibarisi ramai pelakon popular dan baru seperti Rozita Che Wan, Izreen Azminda, Sherry Ibrahim, Azza Elite, Redza Rosli, Ben Ali, Ayumie Azizan dan ramai lagi. Drama Kak Marr bakal disiarkan bermula 13 Januari 2016, pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang menerusi slot Iris TV3

JUDUL : KAK MARR
EPISOD : 20 episod
TARIKH / MASA : 13 Januari 2016 (Isnin-Khamis, 6.30 petang)
SIARAN : Slot Iris TV3
SKRIP : Mufid Shuhaimi
PENGARAH : Emi Suffian
TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Rozita Che Wan, Izreen Azminda, Sherry Ibrahim, Redza Rosli, Ben Ali, Azza Elite, Hairi Safwan, Adik Arissa, Mustaqim Bahadon, Fattah Amin, Ayu Raudhah, Aishah Ilias, Kazar, Ayumie Azizan, Tatty Hassan, Jasmin Hamid, John Chisel

WATAK PELAKON
Rozita Che Wan sebagai Kak Marr
Izreen Azminda sebagai Asmah
Redza Rosli sebagai Zolkifli
Azza Elite sebagai Siti Elisod

LAGU TEMA / OST KAK MARR
Lagu : Aina Abdul 
Lirik : Marr Mohamad
Penyanyi : izreenazminda
Video & Lirik : Link

SINOPSIS KAK MARR
Mengisahkan Kak Marr (Che Ta) bekas jurusolek artis yang cantik, glamour dan terkenal dalam bidangnya itu. Namun setelah meningkat usia, Kak Marr mengambil keputusan untuk bersara dan pulang ke kampungnya. Di kampung, Kak Marr membuka sebuah gerai makan yang mendapat sambutan dan terkenal dengan Mee Udangnya. Kecantikan Kak Marr juga membuatkan seorang duda bernama Zolkifli (Redza Rosli) jatuh cinta tapi seringkali terlepas peluang untuk menyatakan rasa hatinya kepada Kak Marr. Kak Marr turut menjual produk kecantikan dan ramailah juga orang kampung terutamanya golongan isteri dan gadis berpusu-pusu datang ke kedainya untuk turut menjadi cantik dan bergaya seperti Kak Marr.

Namun kerana kehadiran Kak Marr, telah membuatkan perniagaan Asmah (Izreen Azminda) yang menjual laksa semakin merudum. Tiada lagi pelanggan datang ke kedainya, jualannya juga tidak habis kerana semua orang bertumpu ke kedai Kak Marr. Ditambah pula dengan hasutan-hasutan Kak White yang dengki dengan kejayaan Kak Marr. Kak White turut mencadangkan kepada Asmah untuk berjumpa bomoh bagi merosakkan perniagaan Kak Marr. Berjayakah rancangan Asmah untuk menjatuhkan Kak Marr?

GAMBAR PELAKON

Kak Marr tv3
Pelakon Kak Marr
Pelakon drama Kak Marr
Drama Kak Marr
Pekerja gerai Kak Marr