Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin (TV3)

Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin

Nantikan drama adaptasi novel Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin karya Umi Syidah akan menghiasi slot Akasia TV3. Bakal menampilkan gandingan Raysha Rizrose, Azrel Ismail, dan Idris Khan. Drama terbitan Country & Universal Sdn Bhd ini diarahkan oleh Nizam Zakaria. Akan menemui penonton bermula 10 Julai 207, setiap Isnin hingga Khamis jam 6.58 petang di TV3.

EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 10 Julai 2017
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 6.58 petang
SIARAN : Slot Akasia TV3
SKRIP : Sofia J Rhyland
PENULIS NOVEL : Umi Syidah
PENGARAH : Nizam Zakaria
TERBITAN : Country & Universal Sdn Bhd
PELAKON : Raysha Rizrose, Azrel Ismail, Idris Khan, Aprena Manrose, Zera Hariz, Zulkifli Ismail, Sheila Mambo, Zain Hamid, Daim Jailani, Muaz Aydil, Raja Syahiran, Nisa Rissa, Haeriyanto Hassan, Jesse Lim

WATAK PELAKON 
Raysha Rizrose sebagai Yuhanis (Hani)
Idris Khan sebagai Saiful Mizan
Azrel Ismail sebagai Sharul Nizam
Zera Hariz sebagai Shila
Aprena Manrose sebagai Suraya
Zulkifli Ismail sebagai Encik Marzuki
Sheila Mambo sebagai Azimah
Zain Hamid sebagai Sharif
Daim Jailani sebagai Zul

LAGU TEMA / OST 
Lagu : Separuh Mati Ku Bercinta
Penyanyi : Dayang Nurfaizah
Video → LINK

SINOPSIS NASI TAK RETAK NASI TAK DINGIN
Sehari sebelum majlis perkahwinannya, Yuhanis (Raysha Rizrose) dikejutkan dengan berita tunangnya, Sharul Nizam (Azrel Ismail) enggan menikahinya. Nizam menghubungi keluarganya bahawa dia telahpun berkahwin dengan Shila (Zera Hariz) dalam diam di UK. Bimbang maruah keluarga tercemar, Yuhanis menebalkan muka merayu dan memaksa supaya Saiful Mizan merangkap abang kepada Sharul Nizam supaya mengahwininya.

Pada mulanya Mizan, menolak sekerasnya kerana tidak tidak mahu menjadi pak turut. Mizan juga masih trauma dengan perceraiannya dua tahun lalu dan serik untuk berkahwin. Namun akhirnya Mizan bersetuju dengan bersyarat. Dia tidak mahu diganggu dan menganggap ikatan perkahwinan hanya bersifat sementara. Kata-kata Mizan memakan diri apabila lama-kelamaan dia mula terpaut hati dengan Yuhanis gara-gara sifat Yuhanis yang penyabar dan patuh kepadanya walaupun tidak dilayan selayaknya.

Semantara itu, Nizam pulang bersama isterinya Shila. Ahli keluarganya amat terkejut apabila mengetahui Shila sudahpun hamil sebelum berkahwin. Nizam yang lurus bendul sangkakan kandungan itu ialah anaknya. Nizam sedar dan merasakan bahawa dirinya telah dipergunakan oleh Shila. Shila pula terancam dengan Yuhanis. Dia sering mengesyaki Yuhanis mempunyai rancangan untuk merampas suaminya.

Konflik bermula apabila Suraya (Aprena Manrose), bekas isteri Mizan tiba-tiba muncul kembali di dalam hidup Mizan. Suraya ingin merebut kembali cintanya kerana menyesal dengan perpisahan mereka. Selepas mendapat tahu bahawa Mizan sudah beristeri, pelbagai masalah kerap terjadi di dalam hidup Suraya lantas menyebabkan dia sedar sebenarnya tiada lelaki lain sebaik Mizan.

Rumah tangga Mizan dan Yuhanis mula bergoyah, kebahagiaan dan kasih sayang mereka yang baru berputik mula diuji. Mizan hampir-hampir menceraikan Yuhanis dan tewas kepada godaan Suraya yang berniat jahat itu. Terdapat rahsia yang belum terlerai, cinta yang tidak terucap, dan perkara yang belum selesai dalam keluarga ini. Mampukah Yuhanis mengharungi segala cabaran yang melanda rumah tangganya itu?

GAMBAR PELAKON
Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin

Pelakon Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin
Pelakon utama drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin