Drama Surat Dari Tuhan (TV3)

Surat Dari Tuhan

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama Surat Dari Tuhan dibintangi oleh Shukri Yahaya, Janna Nick dan Ummi Nazeera. Drama 30 episod terbitan Mache All Star United diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya.

Surat Dari Tuhan mula bersiaran pada 30 Oktober 2023, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di TV3 dan strim eksklusif secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my

Surat Dari Tuhan

Episod: 30
Tarikh Tayangan: 30 Oktober 2023
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / tonton
Penulis Skrip: Rozie Rashid, Soula Nordin, PGRs Team
Pengarah: Mohd Fazli Yahya @ Pali Yahya
Produksi: Mache All Star United Sdn Bhd

Lagu Tema (OST)
Puas Sudah - Aina Abdul
Terus Bersinar - Hafiz Suip

Watak Pelakon
Shukri Yahaya sebagai Ryan
Janna Nick sebagai Misha
Ummi Nazeera sebagai Suzana
Sheila Mambo sebagai Rafilah
Trisha Ooi sebagai Rifqa
Qistina Raisah sebagai Nadia
Wanns Ahmad sebagai Uzair
Arash Mohd sebagai Daud
Syefikk sebagai Mus
Balkisyh Semundur Khan sebagai Cik Leha
Meor Mohd sebagai Don sebagai Cik Don
Shahidan Izwan sebagai Damien
Qayra El sebagai Daria
Nik Ramly Rejab sebagai Fauzi
Nada Nur Syuhaida sebagai Isteri Mus
Muhammad Danial Aiman sebagai Daris

Sinopsis Surat Dari Tuhan

Mengisahkan seribu satu dugaan melanda hidup Ryan (Shukri Yahaya) yang baru berkahwin dengan isterinya, Misha (Janna Nick) yang bersifat talam dua muka. Ryan telah membuat keputusan untuk memberi peluang kepada Misha dan berkahwin dengannya walaupun Misha pernah memutuskan pertunangan mereka beberapa hari sebelum hari perkahwinan mereka. Walaupun tidak dipersetujui oleh ibunya, Rafilah (Sheila Mambo), namun Ryan yakin bahawa Misha telah berubah. 

Kegusaran Rafilah terbukti menerusi layanan Misha terhadapnya. Tanpa pengetahuan Ryan, Rafilah terjatuh dari tangga kerana ditolak oleh Misha. Layanan Misha semakin menjadi apabila Ryan membawa mereka untuk menunaikan umrah bersama. Sepanjang keberadaan di Madinah, Misha langsung tidak membantu Rafilah untuk memudahkan perjalanannya, malah dia cuba untuk membunuh Rafilah. 

Sekembalinya Ryan dari Mekah, satu persatu masalah timbul. Rakan kongsi perniagaannya telah melarikan wang syarikat dan menyebabkan dia terjerumus dalam hutang. Suzana (Ummi Nazeera) yang merupakan pelanggan setia Ryan cuba membantu Ryan untuk menyelesaikan masalah hutang. Kehadiran Suzana membuatkan Ryan selalu tenang dalam menghadapi segala ombak badai yang melanda keluarganya.

Surat Dari Tuhan
Surat Dari Tuhan