Drama Bukan Sekadar Lafaz (TV3)

Bukan Sekadar Lafaz

Nantikan drama Bukan Sekadar Lafaz, diinspirasikan oleh novel karya Sophilea. Drama terbitan Pencil Pictures & Records ini diarahkan oleh Idora Abdul Rahman dan penulisan skrip dihasilkan oleh Sophilea. Menggandingkan pelakon terkenal tanah air seperti Alif Satar, Wanna Ali, Yuna Rahim, Malek Mccrone, Ahmad Idham dan ramai lagi.

Drama Bukan Sekadar Lafaz disiarkan bermula 17 Oktober 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pada pukul 7.00 malam di slot Akasia TV3 dan strim di iQIYI satu jam selepas siaran TV melalui www.iQ.com/local atau muat turun aplikasi iQIYI di App Store dan Play Store.

Bukan Sekadar Lafaz

Episod: 20
Tarikh Tayangan: 17 Oktober 2023
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3 / iQIYI
Penulis Skrip: Sophilea
Pengarah: Idora Abdul Rahman
Produksi: Pencil Pictures & Records

Lagu Tema (OST): Bukan Sekadar Lafaz - Wanna Ali & Aiman Ismail

Watak Pelakon
Alif Satar sebagai Hud @ Hudzaifah
Wanna Ali sebagai Syikin @ Asyikin Zaman
Yuna Rahim sebagai Aein
Malek Mccrone sebagai Firman
Ahmad Idham sebagai Tuan Zaman
Wanns Ahmad sebagai Khalid
Razzuan Rosli sebagai Wafie
Mia Nasir sebagai Lufya
Watie Elite
Maya Jaafar
Kuza

Sinopsis Bukan Sekadar Lafaz

Syikin (Wanna Ali) adalah seorang pelatih yang baru bekerja di sebuah kafe yang terkenal. Semasa bekerja, dia bertemu dengan sahabat lamanya dari sekolah bernama Hud (Alif Satar) yang bertugas sebagai supervisor kepada Syikin di kafe tersebut. Kenangan lama yang terpahat pada zaman sekolah dahulu membangkitkan semula perasaan cinta yang terpendam di dalam hati Hud. Namun, Syikin kini bersama dengan seorang doktor bernama Dr Firman (Malek Mccrone).

Hubungannya bersama Dr Firman sangat dicemburui oleh adik tirinya Aein (Yuna Rahim), yang menaruh hati kepada Dr Firman. Perasaan cemburu ini membuatkan Aein menyusun rancangan jahat untuk merosakkan hidup Syikin. Syikin terpedaya dengan helah Aein yang mengakibatkan kehamilan. Akibat sangkaan tersebut, Tuan Zaman (Ahmad Idham) berang dan memaksa Syikin untuk berkahwin dengan Dr Firman untuk mengelakkan fitnah terhadap keluarga mereka. 

Dr Firman rasa seolah dirinya dipermainkan lalu menolak permintaan Tuan Zaman. Menyedari situasi yang dialami Syikin, Hud kemudian menawarkan dirinya untuk berkahwin dengan Syikin untuk menyelamatkan maruah mereka sekeluarga. 

Sinopsis Novel Bukan Sekadar Lafaz

Siapa sangka mereka akan jatuh cinta? Betul lah cinta itu buta. Cinta itu tak pernah pandang siapa dia, apa atau kenapa.

Di jodohkan bersama Hud, sepupu yang kononnya mahu menutup aib keluarga dengan fitnah yang belum tentu benarnya. Asyikin dalam sedih dan duka menerima Hud yang bukan siapa-siapa sebagai suami. Hud hanyalah seorang lelaki biasa yang bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami Asyikin demi menutup aib keluarga.

Perkahwinan yang di atur keluarga buatkan Asyikin sedikit kekok. Berkahwin dengan sepupu sendiri buatkan lidahnya kadang-kadang kelu untuk bersuara. Seperti dalam perjanjian, sampai waktunya Hud harus melepaskan Asyikin. Hud akur dengan perjanjian namun sepanjang menjadi suami Asyikin dia tetap tunaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Nafkah Asyikin tetap di hulurkan walaupun dia bukan lah orang berada.

Sedikitpun Asyikin tidak pernah di sentuh kerana dia tahu Asyikin bernikah dengannya kerana keluarga. Hidup berdua buatkan Asyikin mengagumi Hud. Berbulan bersama, fitnah yang di lempar semuanya dusta belaka. Si ayah mula menunjukkan kuasa. Hud harus lepaskan Asyikin.

Namun siapa sangka siapa menduga hati saling suka jiwa saling jatuh cinta cuma takut untuk berbicara. Asyikin buat satu pengakuan di dalam satu laman sosial tentang perasaanya pada Hud dan betapa dia tak mahu Hud lepaskan dia pergi.

‘Hud saya menyintai awak tapi saya tak mampu untuk luahkan. Tolong Hud jangan lepaskan saya pergi.’

Hud terbaca. Bibirnya mengukir senyuman. Berbulan serumah meski tidak sekatil tangannya tidak bertepuk sebelah.

‘Syikin awak tahu tak betapa seksanya menahan hati dan perasaan menolak hati saya yang menyintai awak?’

Saat tahu hati Asyikin juga ada padanya Hud hantarkan satu pesanan. Cuma dinding bilik yang jadi pemisah.

“Habis tu nak tukar nama apa kat whatsap ini? Kalau sayang, cepat datang bilik sebelah peluk saya.”

Asyikin gembira. Ya dia mahu hatinya dan hati Hud menjadi satu. Namun, mampukah mereka berhadapan dengan keluarga. Sedangkan perjanjiannya Hud harus melepaskan Asyikin.

“Syikin walau apapun Asyikin tetap isteri saya. Saya tak akan pernah lepaskan Asyikin pergi. Ini janji saya. Janji seorang zauj buat zaujahnya.”

Airmata Asyikin mengalir dalam cintanya buat Hud.

Cinta itu datang tanpa di pinta, hadir tanpa perlu di paksa.

Bukan Sekadar Lafaz