Telefilem RANTAI (TV2)

Rantai TV2

Saksikan telefilem 'Rantai' arahan sutradara Bade Hj Azmi. Lakonan Eman Manan, Izara Aisyah, Rahim Jailani dan Eja pukul 10.00 malam ini di TV2. Boleh menontonnya secara online dan ulangan melalui portal myklik.rtm.gov.my

JUDUL : RANTAI
TARIKH / MASA : Selasa, 18 Oktober 2016,  10.00 malam
SIARAN : Slot Citra TV2
IDEA ASAL : Mazelan Manan 
SKRIP : Najmie Maziez
PENGARAH : Bade Hj Azmi
TERBITAN : Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Eman Manan, Eja, Izara Aisyah, Rahim Jailani, Izzue Islam, Namron

SINOPSIS RANTAI
Sejarah hitam Husin menghantuinya sehingga dewasa. Misteri itu kini masih terbawa-bawa dan keluarganya pula menjadi mangsa. 

Seorang kanak kanak yang sering dipukul oleh bapanya kerana nakal, menjadi seorang garang dan panas baran apabila dewasa. Disamping menghadapi kesukaran hidup dalam masyarakat kampungnya, beliau juga sering memukul isteri dan anaknya. Namun anak perempuan remaja itu memberanikan diri untuk menegur perangai bapanya yang tidak dapat diterima. Akhirnya beliau sendiri menjadi mangsa kelakuan panas barannya, apabila terpijak sebuah dulang besar mengandungi minyak panas semasa mengejar anaknya untuk sebat. Dengan tumpahan minyak panas, sebahagian besar badan Husin terbakar dan kakinya lumpuh. 

pelakon rantai tv2
gambar di sebalik penggambaran