Drama School Of Stars (S.O.S)

School Of Stars

Nantikan siri drama terbaharu yang bertemakan muzikal, School of Stars (S.O.S) akan bersiaran mulai 18 November 2026, setiap Rabu dan Khamis, jam 9 malam melalui Astro Ria (saluran 104), Astro GO, On Demand, dan Sooka. Siri ini diterbitkan oleh Red Communications Sdn Bhd di bawah arahan Imri Nasution. Menampilkan barisan bakat muda tempatan yang sedang meningkat naik seperti Evertts Gomes, Nelysa Kay, Daniel Fong, Alvy Joanna dan Faiz Najib.

School Of Stars (S.O.S)

Episod: 8
Tarikh Tayangan: 18 November 2026
Waktu Siaran: Rabu & Khamis, 9.00 malam
Saluran: Astro Ria (saluran 104)
Platform Penstriman: Astro GO, Sooka
Pengarah: Imri Nasution
Produksi: Red Communications Sdn Bhd

Watak Pelakon
Evertts Gomes sebagai Fiz
Nelysa Kay sebagai Puteri
Daniel Fong sebagai Damien
Alvy Joanna sebagai Jennie
Faiz Najib sebagai Aniq
Adlin Aman Ramlie
Emelda Rosmila
Rashidi Ishak

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Terbang Tinggi
Penyanyi: DNA

Sinopsis School Of Stars (S.O.S)

Mengisahkan tentang pengorbanan Fiz (Evertts Gomes), seorang pelajar berbakat daripada keluarga berpendapatan rendah, yang menerima biasiswa untuk melanjutkan pengajian dalam bidang seni.

Perjalanan semakin mencabar apabila Fiz bertemu dengan Puteri (Nelysa Kay), seorang pelajar yang meletakkan harapan tinggi terhadap dirinya, serta Damien (Daniel Fong), teman lelaki Puteri yang berbakat dan berasal dari keluarga berada.

Persaingan antara mereka kemudiannya berkembang menjadi konflik dan mereka perlu belajar bekerjasama sambil mengetepikan perbezaan masing-masing demi menghadapi pertandingan yang bakal menentukan masa depan.