Filem Pemuja Syaitan

Pemuja Syaitan

Nantikan Pemuja Syaitan, filem sulung arahan Liyana Jasmay bakal ditayangkan di pawagam mulai 15 Oktober 2026. Filem seram ini diterbitkan oleh Mermaid Studios dengan kerjasama Suraya Filem Production & Distribution, Skop Productions dan KL Post. Menampilkan barisan pelakon utama Zul Ariffin, Aila Azizul, Nadhir Nasar dan Elizabeth Tan.

Pemuja Syaitan

Genre: Seram
Tarikh Tayangan: 15 Oktober 2026
Cerita Asal: Nadia Khan, Mamu Vies, Farah Bani
Pengarah: Liyana Jasmay
Produksi: Mermaid Studios Sdn Bhd

Watak Pelakon
Zul Ariffin sebagai Inspector Zul
Aila Azizul sebagai Khatijah
Nadhir Nasar sebagai Nazim
Elizabeth Tan sebagai Julie
Aida Amron sebagai P
Ellyza Azizi sebagai Ana
Dhabita Auji sebagai Marissa
Nat Aaliyah sebagai Amira
Hakim Khan sebagai Halim
Marsha Biddulph sebagai Ain
Atoi Tohet
Yusuf Amin
Selena Jasmay
Dee Al Hadi
Dr Rosdeen Suboh

Sinopsis Pemuja Syaitan

Mengisahkan sekumpulan bekas rakan sekelas iaitu Khatijah, Ana, Marissa, Nazim, P dan Julie yang berkumpul semula di sebuah pulau terpencil bagi mengimbau kenangan lama. Pertemuan tersebut berubah apabila mereka menemui semula sebuah kapsul masa yang ditanam bertahun-tahun dahulu.

Suasana mesra bertukar tegang apabila tindakan mereka menggali kapsul masa menyingkap semula duka dan dendam lama. Malam tersebut berakhir dengan tragedi ngeri apabila keesokan harinya, enam mayat ditemui, seorang individu dilaporkan hilang, manakala seorang lagi berada dalam keadaan trauma berat.

Kejadian penuh misteri itu membawa Inspektor Zul ke pulau berkenaan untuk menyusun semula kronologi kes demi mencari jawapan sebelum segala-galanya terlambat.

Video thumbnail