
Industri perfileman tempatan melakar sejarah baharu menerusi kerjasama rentas negara produksi Malaysia seperti Skop Productions, Enotech, Komet Studios, Marvelous Culture & Film, Astro Shaw, dan GSC, bersama syarikat penerbitan tersohor Hong Kong, One Cool Films milik bintang terkenal Louis Koo, menerusi filem aksi terbaru yang akan menggegarkan pawagam penghujung tahun 2026 berjudul Black Ops. Kerjasama ini turut menandakan kali pertama One Cool Film berganding bahu dengan produksi dari Malaysia.
Lebih mengujakan, filem ini diarahkan oleh dua pengarah berkaliber tinggi iaitu Syafiq Yusof dari Malaysia serta pengarah bersama Chui Tze Yiu dari Hong Kong, menjadikan Black Ops simbol hubungan kreatif sinema Malaysia dan Hong Kong.
Sebagai projek berskala antarabangsa, filem ini juga menghimpunkan barisan pelakon hebat dari Malaysia dan Hong Kong, sekali gus memperkukuh hubungan kreatif antara dua negara. Antara bintang yang menjayakan filem ini adalah, Sharnaaz Ahmad, Benjamin Yuen, Hisyam Hamid, Dato’ Aaron Aziz, Andy Teh, Fauzi Nawawi, Elizabeth Tan, Anding Indrawani, MK K-Clique, Raja Afiq, Benjamin Tan, Ken Law (Super Ken), Sean Lin, Mathni Razak, Balan Kash, Ahirine Ahirudin, Azman Hassan dan adik Rania Amanda.
Babak aksi intensif Black Ops diterajui oleh dua pengarah lagak ngeri bertaraf antarabangsa, Ken Law (Super Ken) dan Sean Lin (Lin Li-Yang) selaku Pengarah Lagak Ngeri filem ini. Ken Law, pakar aksi dari Hong Kong dan calon Anugerah Golden Horse 2025, terkenal dengan koreografi aksi realistik dan berskala besar yang memberi impak maksimum.
Turut berganding ialah Sean Lin dari pasukan lagenda Hung Ga Ban yang diasaskan oleh Sammo Hung. Dengan latar belakang seni mempertahankan diri dan sinema aksi Hong Kong, kolaborasi mereka menjanjikan babak aksi berkualiti tinggi yang mengangkat Black Ops ke tahap piawaian antarabangsa.
Black Ops
Genre: Aksi, Drama
Tarikh Tayangan: November 2026
Cerita Asal: Chui Tze Yiu
Penulis Skrip: Alief Mat Zoher, Syafiq Yusof, Heidi Haflin, Eugene Lim
Pengarah: Syafiq Yusof & Chui Tze Yiu
Produksi: Skop Productions & One Cool Film
Watak Pelakon
Sharnaaz Ahmad sebagai Johan
Hisyam Hamid sebagai Zafrie
Andy Teh sebagai Kenji Lim
Benjamin Yuen sebagai Prinze Chow
Dato’ Aaron Aziz sebagai Komander Khabir
Fauzi Nawawi sebagai DSP Omar
Balan Kash sebagai Mat Jan
Elizabeth Tan sebagai Maya
Mathni Razak sebagai Aslam
Ahirine Ahiruddin sebagai Bell
Rania Amanda sebagai Nana
Anding Indrawani sebagai Zack
MK K-Clique sebagai Agus
Benjamin Tan sebagai Diamond Chow
Azman Hassan sebagai Dato’ Jamal
Raja Afiq sebagai Jepp
Ken Law (Super Ken) sebagai Wolf
Sean Lin sebagai Tiger
Sinopsis Black Ops
Johan adalah seorang anggota pasukan Black Ops, sebuah pasukan rahsia elit kerajaan yang ditubuhkan untuk menumpaskan kartel dadah antarabangsa yang beroperasi di Malaysia. Hidup Johan musnah apabila isterinya ditemui mati dan anaknya diculik. Dia dituduh sebagai suspek utama, lalu melarikan diri dan diburu pihak berkuasa serta rakan-rakan pasukannya sendiri. Dikhianati oleh orang dalam, dia harus membongkar konspirasi gelap di sebalik pembunuhan itu dan menyelamatkan anaknya sebelum segalanya terlambat.