
Infinitus Productions dengan kerjasama Directors Think Tank dan Sunstrong Entertainment bakal tampil dengan filem komedi-thriller bertajuk 'Sumpahan Nilam Utama yang dijangka menemui penonton di pawagam pada tahun 2026. Filem ini diarahkan oleh Hyrul Anuar, pengarah yang membawa sentuhan kreatif dalam filem 3 Janda Melawan Dunia. Filem ini dibintangi oleh barisan pelakon muda iaitu Idan Aedan, Razin Qidran, Farihin Arnia, Taufiq Izmir dan Muizzuddin.
Sumpahan Nilam Utama
Genre: Komedi, Thriller
Tarikh Tayangan: 2026
Pengarah: Hyrul Anuar
Produksi: Infinitus Productions
Watak Pelakon
Idan Aedan sebagai Hakim
Razin Qidran sebagai Ilham
Farihin Arnia sebagai Farid
Taufiq Izmir sebagai Danial
Muizzuddin sebagai Aziz (Belon)
Arena Wan sebagai Suri
Dato A. Tamimi Siregar sebagai Salleh
Ellie Suriaty
Dr. Rosdeen Suboh
Anas Ridzuan sebagai Baha
Aloy Paradoks sebagai Yeob
Taqim Zaki sebagai Ismail
Sinopsis Sumpahan Nilam Utama
Mengisahkan empat pelajar tingkatan lima - Ilham, Hakim, Danial dan Belon, diam-diam bersembunyi di asrama pada cuti peristiwa untuk menyiasat misteri kebun manggis yang dikatakan berhantu. Namun misi mereka berubah drastik apabila Suri - gadis pujaan hati Ilham, hilang dan Farid - si pengawas skema muncul. Ketika menyelinap ke kebun itu, mereka berdepan kejadian pelik sehingga menemui bukti bahawa Suri telah diculik. Dalam usaha menyelamatkan Suri, geng berlima terseret ke dalam satu rahsia gelap sekolah. Rahsia yang jauh lebih mengerikan daripada hantu yang mereka fikirkan.
