Drama Bukan Ipar Sempurna (TV3)

Bukan Ipar Sempurna

Nantikan drama bersiri Bukan Ipar Sempurna adaptasi daripada novel Bukan Cinta Sempurna karya Bellesa akan menghiasi slot Akasia TV3 pada bulan Mei ini. Diterbitkan oleh MIG Production dibawah arahan Ejump Mohd. Dibintangi oleh Ikmal Amry, Cahaya Nilam, Hafeez Mikail dan Nadiya Nisaa. 

Saksikan Bukan Ipar Sempurna bermula 13 Mei 2025, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam atau strim episod baharu 24 jam lebih awal di www.tonton.com.my, atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play dan App Store.

Bukan Ipar Sempurna

Episod: 28
Tarikh Tayangan: 13 Mei 2025
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3 / Tonton
Penulis Novel:  Bellesa 
Penulis Skrip: Panel Skrip MIG, Dayang Kartinah, Akmal Firul, Atiah Khuzaidah
Pengarah: Ejump Mohd
Produksi: MIG Production Sdn Bhd

Watak Pelakon
Ikmal Amry sebagai Firash
Cahaya Nilam sebagai Nadhia Sofia
Hafeez Mikail sebagai Zahin
Nadiya Nisaa sebagai Atma
Nessa Maureen sebagai Qaira
Jihaa Sham sebagai Zara
Raff Roslee sebagai Muadz
Atira Karma sebagai Aisyah
Razzuan Rosli sebagai Aiysar
Fazlina Ahmad Daud sebagai Puan Farida
Juhara Ayob sebagai Hajah Hasanah
Nik Ramly sebagai Haji Anas 
Nisa Rissa Isa sebagai Zaharah

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Puaskah 
Artis: Ameerais & Mariam 
Lirik & Komposer: Iqie Hugh & Shazriq Azeman

Sinopsis Bukan Ipar Sempurna
Kisah ini bermula dengan keberanian Firash (Ikmal Amry) membatalkan pertunangan bersama Zara (Jihaa Sham), demi memperjuangkan cintanya terhadap Nadhia, wanita yang langsung tidak direstui oleh ibunya, Puan Farida (Fazlina Ahmad Daud). Meskipun begitu, kakaknya, Atma (Nadiya Nissa), menjadi satu-satunya penyokong kuat dalam keputusan itu, menyambut Nadhia sebagai sebahagian daripada keluarga mereka.

Namun di sebalik kebahagiaan rumah tangga, satu rahsia besar terbongkar. Nadhia disahkan mengandung, namun usia kandungannya tidak sepadan dengan tempoh perkahwinan mereka. Siapakah sebenarnya bapa kepada anak dalam kandungan itu? Mampukah Firash menerima kenyataan yang mengejutkan ini? Dan siapakah yang harus bertanggungjawab atas nasib yang menimpa Nadhia?

Tragedi demi tragedi mula melanda apabila Zahin (Hafeez Mikail), bekas kekasih Nadhia, tiba-tiba muncul semula dalam hidupnya. Kehadiran Zahin membuatkan Nadhia hidup dalam tekanan dan terpaksa menyembunyikan masa silam mereka daripada suaminya, Firash. Dalam masa yang sama, Atma pula berpihak kepada suaminya, Zahin dan bersama-sama merancang untuk memisahkan Nadhia dan Firash. Mereka memfitnah Nadhia kononnya cuba menggoda Zahin, hingga Firash yang menyaksikan insiden tersebut naik marah dan mula menyimpan dendam terhadap isterinya. Mampukah Nadhia bertahan menghadapi badai yang tidak berkesudahan? Dan sampai bilakah Firash akan terus dibutakan oleh dendamnya sendiri?

Sinopsis Novel Bukan Ipar Sempurna

“Sepuluh bulan. Cukup sepuluh bulan, kita cerai.”

Demi menjaga maruah dan keluarga, Nadhia Sofia terpaksa mencari calon suami dalam waktu yang singkat dan Firash Al Adam menjadi pilihan.

“Saya minta maaf sebab terpaksa jadikan awak pak sanggup.”- NADHIA SOFIA

“Betul ke bunting pelamin?”- DATIN FARIDA

Alam perkahwinan mereka, laluannya tidak mudah. Nadhia perlu kuat untuk berdiri setanding dengan keluarga Firash yang serba sempurna.

Dan apabila masa mengikat rasa, mula timbul rasa cinta. Nadhia bertatih mengenal erti rindu. Tapi tiba-tiba muncul pula orang ketiga cuba merosakkan segala-galanya. Orang itu pula bukanlah perempuan cantik, tetapi lelaki kacak.

“Suami you cintakan I.” -WAAN AISAR

“Tentang gay…” -FIRASH AL ADAM

Tidak cukup dengan kisah Firash dan ‘teman lelakinya’ menggugat rumah tangga mereka, Datin Farida pula mahukan gadis pilihannya menjadi menantu.

“Firash ceraikan Nadhia, kahwin dengan Zahra.” - DATIN FARIDA

Atas perjanjian yang dimeterai, Nadhia akur. Itu laluan yang dipilih, dia harus berdamai dengan takdir.

“Tiada orang lain yang boleh ganti tempat awak di hati saya.”- NADHIA SOFIA

“Kalau kau cintakan aku, kenapa kau nak lepaskan aku pada orang lain?” - FIRASH AL ADAM

Apa sebenarnya perjanjian yang Nadhia buat hingga dia harus merelakan suaminya menjadi milik wanita lain? Dapatkah bahagia itu dikecapi oleh Nadhia dan Firash? Ataupun mungkin ikatan ini bakal berakhir dek salah faham yang tercetus?