
Saksikan telefilem 'Sebalik Balik' arahan Danny Alamsyah akan disiarkan pada 22 Mac 2025, Sabtu pukul 9 malam di Panggung RTM TV1.
Sebalik Balik
Waktu Siaran: Sabtu, 22 Mac 2025, 9:00 malam
Rangkaian: TV1 / RTMKlik
Penulis Skrip: Azrie Izham Hamzah
Pengarah: Danny Alamsyah
Produksi: Unit Drama TV RTM
Pelakon: Shah Jaszle, Shiqin Kamal, Fathil Dani, Dalimawati, Wahid, Farahdhiya, Akmal Ahmad
Sinopsis Sebalik Balik
Kisah bermula dengan watak Pak Jabar (Fathil Dani) dan Cik Sal (Dalimawati), sepasang suami isteri warga emas yang memendam rindu kepada anak-anak mereka yang sudah lama tidak pulang ke kampung, apatah lagi menjelang Ramadan. Mereka berdua memasang impian untuk menyambut bulan mulia bersama-sama seperti dulu.
Namun, impian itu bukan mudah untuk direalisasikan. Lalu, dengan pelbagai helah dan taktik licik, mereka akhirnya berjaya juga memujuk dua orang anak mereka, Hasya (Shiqin Kamal) dan Hadif (Shahz Jaszle) untuk pulang ke kampung. Pada mulanya, suasana kelihatan ceria dan bahagia — seperti satu keluarga sempurna yang penuh kasih sayang.
Namun, dalam diam, setiap ahli keluarga menyimpan agenda tersembunyi. Konflik mula meletus, hubungan adik-beradik yang dulunya erat mula retak, dan yang tinggal hanyalah persengketaan yang terpendam. Apakah rahsia sebenar yang bakal meruntuhkan kebahagiaan mereka? Mampukah mereka bersatu kembali dalam semangat Ramadan, atau segala-galanya akan musnah?