Filem Limbungan Tragedi Hitam 1975

Limbungan Tragedi Hitam 1975

Nantikan filem thriller berjudul 'Limbungan: Tragedi Hitam 1975' mengangkat kisah mitos harimau jadian iaitu manusia yang mengamalkan ilmu hitam sehingga mampu berubah menjadi harimau. Kisah mengenai harimau jadian ini pernah diceritakan menerusi catatan Sir Hugh Clifford iaitu Residen Pahang yang bertugas pada tahun 1896 hingga 1903.

Filem ini diarahkan oleh Fazli Yasin, menampilkan Amerul Affendi dan Kodi Rasheed selaku tunjang utama. Saksikan Limbungan di pawagam mulai 6 Februari 2025.

Limbungan

Genre: Thriller
Tarikh Tayangan: 6 Februari 2025
Penulis Skrip: Rohaya Halid
Pengarah: Fazli Yasin
Produksi: Lil Studios

Pelakon 
Kodi Rasheed sebagai Ramli
Amerul Affendi sebagai Malik
Cat Farish
D’boy Hamdan
Bohari Ibrahim
Zainal Isa
Nor Albaniah
Azan Addin
Fifi Hadi
Chacha Maembong

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Senja
Artis: Ruffedge
Komposer: Sein Qudsi
Lirik: Azan Addin & Cat Farish

Sinopsis Limbungan

Mengisahkan Ramli dan Malik, dua pekerja Syarikat Maju Jaya, yang dihantar ke Kampung Limbungan pada tahun 1975 untuk menyelesaikan rundingan tanah bagi pembinaan stesen hidroelektrik.

Namun, penduduk kampung enggan melepaskan tanah warisan mereka, tambahan pula kampung itu dihantui harimau jadian yang muncul setiap gerhana bulan berdarah. 

Ketibaan Ramli dan Malik pada masa yang salah membawa mereka ke dalam konflik getir, di mana mitos dan realiti bersatu dalam suasana penuh ketegangan.