Saksikan telefilem 'This Is Pilah' ditayangkan pada 28 Disember 2024, jam 9 malam di slot Panggung RTM TV1 dan RTMKlik.
This Is Pilah
Waktu Siaran: Sabtu, 28 Disember 2024, 9:00 malam
Rangkaian: TV1 / RTMKlik
Idea Asal: Datuk Muhammad Razlan Ismail
Penulis Skrip: Asya Kamaruddin
Pengarah: Ismail Bob Hasim
Produksi: Dream At Work Sdn Bhd
Pelakon
Pyan Habib sebagai Kadir
Joey Daud sebagai Hanif
Dato Ahmad Tamimi Siregar sebagai Haji Musa
Kazar Saisi sebagai Pak Dollah
Datin Fadilah Mansor sebagai Wan
Azizul Ammar sebagai Baron
Megat Adli
Sinopsis This Is Pilah
Kisah dua pemuda dari Kuala Pilah, Hanif dan Mat Kadir (MK) yang tekad ke Kuala Lumpur demi mengejar cita-cita untuk bekerja di salah sebuah stesen televisyen. Perjalanan mereka ini penuh dengan kekurangan dan cabaran sehinggalah mereka bertemu dengan matlamat utama mereka.
Hanif dan Mat Kadir bergerak ke Kuala Lumpur dengan meminjam motor Pak Dollah tanpa kebenarannya. Di sana, mereka bertemu Pak Osman, seorang seniman jalanan yang memberi nasihat dan tunjuk ajar.
Ellie Iskandar, seorang wartawan televisyen, membantu mereka apabila melihat bakat yang ada pada Hanif dan MK. Adakah impian mereka kesampaian?