Sempena sambutan Deepavali, RTM bakal menyiarkan telefilem khas berjudul 'Putu Mayam Amma' disiarkan pada 2 November ini, Sabtu pukul 9 malam di TV1.
Putu Mayam Amma
Waktu Siaran: Sabtu, 2 November 2024, 9:00 malam
Rangkaian: TV1 / RTMKlik
Penulis Skrip: Siti Solehah Abdul Ghani
Pengarah: Rodzee Razak
Produksi: Excellent Golden Touch Sdn Bhd
Pelakon: James Devan Arokisamy, Sharmini Ramesh, Fazlina Ahmad Daud, Shamini Shradha, S. Anthony Ferreolus, Chaoi Izghan
Sinopsis Putu Mayam Amma
Mengisahkan Kumaran, seorang DJ, mencari ayahnya yang dipenjarakan atas tuduhan dadah sebelum dia berkahwin. Ibunya, Viviany, setuju setelah ayahnya memberi cek RM200 ribu. Ketika membaca skrip drama "Putu Mayam Amma" di stesen radio, Kumaran merasa ia ada kaitan dengan ayahnya. Dia menemui penulis, Azizah, yang memberitahu bahawa ayahnya telah memeluk Islam, berkahwin dengannya, dan kini telah meninggal dunia.