
Nantikan drama adaptasi novel 'Andai Tiada Dia' karya Rissa Ahdiya memaparkan kehidupan pasangan suami isteri yang sedang bergelut dengan dilema dan cabaran dalam usaha untuk mendapatkan anak. Drama terbitan Global Station ini diarahkan oleh Riza Baharudin. Dibintangi oleh Ummi Nazeera, Hisyam Hamid, Mimi Lana dan Zahiril Adzim. Andai Tiada Dia akan mula disiarkan pada 21 Oktober, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot MegaDrama saluran Astro Ria (saluran 104). Juga boleh ditonton menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, Astro GO, dan sooka.
Andai Tiada Dia
Episod: 36
Tarikh Tayangan: 21 Oktober 2024
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Astro Ria, Astro GO, sooka
Penulis Novel: Rissa Ahdiya
Pengarah: Riza Baharudin
Produksi: Global Station Sdn Bhd
Watak Pelakon
Hisyam Hamid sebagai Haikal
Ummi Nazeera sebagai Suri
Mimi Lana sebagai Intan
Alicia Amin sebagai Intan
Zahiril Adzim sebagai Falah
Husna Mustaffa sebagai Erma
Rahim Omar sebagai Haji Idris
Rosnah Johari sebagai Hajah Halilah
Lan Siro sebagai Ikhwan
Kodi Rasheed sebagai Rafiq
Mia Nasir sebagai Bainun
Mas Anizan sebagai Puan Faridah
Riz Amin sebagai Hisham
Zarynn Min sebagai Muna
Auni Yusri sebagai Yasmin
Adam Malek sebagai Wafi Chamber
Noah Mateen sebagai Baby Luqman
Aznah Hamid sebagai Cikgu Misrah
Shamsul Ghau Ghau sebagai Haji Yusof
Lagu Tema (OST)
Lagu: Nurcinta
Artis: Amir Masdi
Penulis Lirik: Amir Masdi & Edry Abdul Halim
Komposer: Amir Masdi & Edry Abdul Halim
Sinopsis Andai Tiada Dia
Mengisahkan pasangan Suri (Ummi Nazeera) dan Haikal (Hisyam Hamid) yang sudah tujuh tahun mendirikan rumah tangga namun masih belum dikurniakan zuriat. Tertekan dengan situasi tersebut, Suri memohon izin daripada Haikal untuk melakukan rawatan IVF, namun Haikal tidak berminat kerana sudah bahagia dengan kehidupan mereka tanpa anak.
Namun, keadaan berubah apabila kematian Hisyam, adik kepada Haikal, meninggalkan seorang bayi yang masih kecil. Kehadiran bayi ini menyentuh hati Suri yang ingin menjadikannya sebagai anak angkat. Namun, kehadiran Intan (Mimi Lana), adik Suri, dalam kehidupan mereka mula merumitkan segalanya apabila Intan dan Haikal mula menjalinkan hubungan sulit, menambahkan lagi konflik dalam rumah tangga mereka.