Saksikan drama bersiri Rahsiamu Selamat Denganku dibintangi oleh Alvin Chong dan Siti Khadijah bersiaran mulai 9 Disember ini setiap Isnin dan Selasa jam 11 malam di Astro Ria.
Drama genre jenayah romantik ini adalah hasil kolaborasi MS Orange Solutions Sdn Bhd dengan syarikat produksi Korea, Blimey, di bawah arahan Jade (Blimey) dan Faliq Sharif.
Drama ini turut tersedia untuk strim melalui On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, aplikasi Astro GO, dan sooka.
Rahsiamu Selamat Denganku
Episod: 16
Tarikh Tayangan: 9 Disember 2024
Waktu Siaran: Isnin - Selasa, 11:00 malam
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO / sooka
Penulis Skrip: Nadia Khan
Pengarah: Jade & Faliq Sharif
Produksi: MS Orange Solution & Blimey Studio
Watak Pelakon
Alvin Chong sebagai Luth Rafel
Siti Khadijah Halim sebagai Hana Sofea
Adriana Adnan sebagai Natalia
Fadlan Hazim sebagai Mikhael
Hana Tiha sebagai Meena
Azri Safix sebagai Sam
Sabrina Azhar sebagai Kady
Fara Nadiah sebagai Nadia Khan
Hazeeq Dean sebagai Zack
Adrina Kamaruddin sebagai Marini
Nik Rifaie sebagai Johnny
Amira Azman sebagai Mira
Dayana Roza sebagai Raudah
Ramona Zamzam sebagai Rabiah
Sinopsis Rahsiamu Selamat Denganku
Kisah kehidupan Profesor Hana (Siti Khadijah Halim), seorang peminat tegar K-pop, dan Profesor Rafel (Alvin Chong), seorang akademik dengan rahsia tersendiri.
Mereka berdua bekerjasama menyelesaikan kes aplikasi berbahaya bernama ‘Live or Die’ (LOD) yang mengancam nyawa pelajar mereka. Di sebalik konflik dan rahsia masing-masing, cinta mula berputik antara dua profesor ini, membentuk perjalanan cerita yang penuh teka-teki dan emosi.