Drama Satu Hari Nanti

Satu Hari Nanti

Drama iQIYI Original: Satu Hari Nanti diinspirasi dari novel terbitan Fajar Pakeer karya Shera Zulghafar. Drama ini diterbitkan oleh Mache All Star United dibawah arahan oleh Pali Yahya. Dibintangi oleh Ezaidi Aziz, Eyka Farhana, Bella Astillah, Hasnul Rahmat dan Fazlina Ahmad Daud. Saksikan Satu Hari Nanti bermula 18 September 2024, pada setiap Jumaat hingga Ahad pukul 9 malam di aplikasi iQIYI atau www.iq.com.

Satu Hari Nanti

Episod: 16
Tarikh Tayangan: 18 September 2024
Waktu Siaran: Jumaat - Ahad, 9 malam
Platform Digital: iQIYI
Penulis Skrip: Natasya Farhana, Siti Jasmina, Moley Aziz, Shaza Talib
Pengarah: Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)
Produksi: Mache All Star United Sdn Bhd

Watak Pelakon  
Ezaidi Aziz sebagai Noah Lee
Eyka Farhana sebagai Marissa Safiyyah
Bella Astillah sebagai Aulia Jane
Hasnul Rahmat sebagai Imam Hassan
Fazlina Ahmad Daud sebagai Ummi Salamah
Erin CTJ sebagai Jiha
Shahidan Izwan sebagai Arman
Nina KSC sebagai Audrey
Luqman Hafidz sebagai Imran

Lagu OST
Lagu: Rawan
Artis: Hairul Nizam
Komposer & Lirik: Amylea Azizan

Lagu: Khilaf Asmara
Artis: Shila Amzah
Komposer & Lirik: Amylea Azizan

Sinopsis Satu Hari Nanti

Mengisahkan tentang seorang pemuda Cina, Noah Lee (Ezaidi Aziz) yang mengalami kekecewaan dalam percintaannya sebelum ini bersama gadis bernama Audrey (Nina KSC). Dari situ, Noah cuba mencari hikmah di atas apa yang terjadi. 

Noah mula menyibukkan diri dengan kerja-kerja kebajikan dan bertemu dengan seorang gadis manis, Marissa Safiyyah (Eyka Farhana). Dengan semangat juang yang tinggi dalam menyuarakan hak wanita, Marissa telah membuatkan Noah jatuh hati kepadanya dalam diam. 

Namun, Aulia (Bella Astillah) pula yang menagih kasih dari Noah. Apakah kesudahan kisah mereka? Mampukah cinta berlainan agama dapat bertahan?

Sinopsis Novel Satu Hari Nanti

Pertemuan tidak sengaja di antara Marisa Safiyah dan Noah Lee Jin Hua menimbulkan bibit-bibit cinta antara mereka. Namun, Noah kecewa apabila mendapat tahu keluarga Safiyyah menjodohkan gadis itu dengan seorang imam muda, Ibrahim.

Walaupun hati Safiyyah sudah terpaut pada pemuda bermata sepet itu, dia tetap taat dengan permintaan ayahnya yang ingin bermenantukan Ibrahim.

Tentangan keluarga dan takdir memisahkan mereka. Noah memilih untuk menerima tawaran kerja di Dubai. Tiga tahun Noah dan Safiyah berpisah. Di Dubai, Noah bertemu Aulia Kristoph. Persahabatan di antara mereka melahirkan rasa cinta di hati Aulia.

Besar harapan Aulia padanya. Besar lagi beban Noah apabila dia kembali bertemu Safiyyah di Mesir. Berdosakah jika dia masih mencintai gadis itu walaupun dia tahu Safiyyah mungkin sudah bersuamikan Ibrahim? Memilih antara gadis yang pernah dicintai ataupun gadis yang sedang mencari cinta.

Bahagia dengan yang baru atau bahagia dengan masa lalu? Apapun takdir yang telah ditetapkan-Nya, genggamlah sebelum ia hilang.

Satu Hari Nanti