
Nantikan drama bersiri Mawar Dahlia akan disiarkan bermula 30 Mei ini di iQIYI. Drama terbitan Pencil Pictures & Records diarahkan oleh Shamsul Akmal Asmoni. Dibintangi oleh Wanna Ali, Haidar Hasanudin dan Zac Zaky.
Mawar Dahlia
Episod: 12
Tarikh Tayangan: 30 Mei 2025
Waktu Siaran: Jumaat - Sabtu, 9 malam
Rangkaian: iQIYI
Penulis Skrip: Sophilea
Pengarah: Shamsul Akmal Asmoni
Produksi: Pencil Pictures & Records
Watak Pelakon
Wanna Ali sebagai Mawar / Dahlia
Zac Zaky sebagai Daniel Haykal
Haidar Hasanudin sebagai Rio Hadith
Azri Iskandar sebagai Iskandar
Marissa Yasmin sebagai Maria
Esma Daniel sebagai Raz
Jesse Lim sebagai Stevan
Norlie Tamam sebagai Kak Saba
Laura Olivia sebagai Adel
Faa Zaini sebagai Reez
Fian Ali sebagai Fian
Mohamad Saifullah sebagai Taki
Azim Yusof sebagai Edry
Lagu Tema (OST)
Tajuk : Tentang Jiwa
Penyanyi : Erika Riana
Komposer : Ayu Puteh
Lirik & Lagu : Ayu Puteh & Erika Riana & Dato Ayu
Penerbit : Pencil Publishing
Sinopsis Mawar Dahlia
Mawar dan Dahlia, pasangan kembar yang terpisah sejak kecil akibat ayah mereka, Iskandar, terlibat dalam dunia gelap. Mawar dibesarkan oleh Iskandar, manakala Dahlia hidup dalam cengkaman sindiket pemerdagangan manusia di bawah jagaan Maria dan Raz.
Ketika hubungan Mawar dan Daniel bermasalah, dia kembali kepada cinta lamanya, Rio. Dalam masa yang sama, Dahlia terdesak untuk membiayai rawatan buah pinggang Maria. Mawar tawarkan RM200 ribu untuk Dahlia menyamar sebagai dirinya dan tinggal bersama Daniel sementara dia bercuti bersama Rio. Dahlia terpaksa setuju.
Namun, Dahlia jatuh cinta dengan Daniel. Bila rahsia terbongkar, Daniel tinggalkan Mawar. Maria meninggal dunia, dan Dahlia pula mula membawa diri.

