Drama Ternyata Sebuah Bahagia

Ternyata Sebuah Bahagia

Drama terbaharu di slot Tiara, 'Ternyata Sebuah Bahagia' bakal bersiaran bermula 23 September ini, setiap Isnin hingga Jumaat di Astro Ria atau strim di Astro Go dan Sooka. Drama terbitan Suhan Movies diarahkan oleh Nur Ain Sharif dan Ejump Mohd. Dibintangi oleh Sarimah Ibrahim, Zamarul Hisham, Elvina Mohamad, Lorenzo Irmann, Lorenzo Irmann dan ramai lagi.

Ternyata Sebuah Bahagia

Episod: 40
Tarikh Tayangan: 23 September 2024
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 6 petang
Rangkaian: Slot Tiara Astro Ria / Astro Go / sooka
Penulis Skrip: Nieza Nahar & Adza Emie
Pengarah: Nur Ain Sharif & Ejump Mohd
Produksi: Suhan Movies Sdn Bhd

Watak Pelakon 
Sarimah Ibrahim sebagai Jeanice
Zamarul Hisham sebagai Zamani
Elvina Mohamad sebagai Rhea
Lorenzo Irmann sebagai Rayyan
Myra Afrina sebagai Khadeeja
Dina Allysha sebagai Sabreena
Syahir Shafein sebagai Zahirulhaq
Shania Hendrik sebagai Zora
Hanna Faresha sebagai Insyirah
Kenji Sawahii  sebagai Randy

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Perisai Cinta
Penyanyi: Liza Hanim
Komposer: Shazriq Azeman, Omar K
Penulis Lirik: Shazriq Azeman, Omar K

Sinopsis Ternyata Sebuah Bahagia

Mengisahkan tentang konflik kehidupan Datin Janice, seorang wanita yang selama ini seluruh hidupnya berpaut pada cinta dan sokongan suaminya, Dato’ Azman. Namun, kebahagiaan yang disangka kekal abadi akhirnya goyah apabila suatu hari kebenaran yang menyakitkan mula terbongkar. 

Datin Janice, yang begitu setia, dicurangi apabila dia mendapati bahawa suaminya, Dato’ Zamani, terjerat dalam hubungan bersama wanita lain — Rhea. Kehadiran Rhea menjadi titik mula runtuhnya kepercayaan yang sekian lama dipertahankan oleh Datin Janice, sekaligus menggoncang seluruh dunianya. 

Kini, Datin Janice terperangkap dalam kemelut emosi dan trauma yang menghantui setiap langkah kehidupannya. Lebih menyakitkan, penyondol yang meruntuhkan rumah tangganya bukanlah orang asing, tetapi seorang sahabat yang selama ini dipercayai. Di sebalik senyuman dan wajah yang mesra, tersembunyi sifat hipokrit dan talam dua muka. 

Namun, segalanya mengambil arah yang tak terduga apabila Dato' Zamani tiba-tiba diserang strok, membuatkan dia tersedar dari keangkuhannya. Hati kecilnya mula tergerak untuk kembali ke pangkal jalan.