Saksikan drama romantik komedi 'Perang Nasi Dagang: Kelate VS Ganu' arahan Issey Fazlisham bermula 19 Julai 2024, setiap Jumaat, 9 malam di Astro Warna atau strim di Astro GO dan Sooka.
Perang Nasi Dagang: Kelate VS Ganu
Episod: 8
Tarikh Tayangan: 19 Julai 2024
Waktu Siaran: Jumaat, 9 malam
Rangkaian: Astro Warna, Astro GO, Sooka
Idea Asal: Issey Fazlisham
Penulis Skrip: Norsyiella Annuar
Pengarah: Fazlisham Mat Hussin
Produksi: Red Bean Productions Sdn Bhd
Watak Pelakon
Kimal Mokhtar sebagai Daniel
Adrina Kamaruddin sebagai Sarah
Sabri Yunus sebagai Stopa
Noora Danish sebagai Mek La Chendering
Issey Fazlisham sebagai Jali
Mek Yun sebagai Dong Mei Chua
Waqqari sebagai Jeming Besut
Aswad Jalil sebagai Mat John
Adam Amri sebagai Meri Gigi
Gesya Shandy sebagai Asmaradana
Angeline Tan sebagai Che Yam
Zalif Sidek sebagai Merang
Asrulfaizal sebagai Hanafi
Kodi Rasheed sebagai Grenggo
Sinopsis Perang Nasi Dagang
Stopa yang sudah bertahun lamanya memperjuangkan Nasi Dagang Kelantan di KL, terancam dengan kehadiran Danial yang membuka kedai Nasi Dagang Terengganu bersebelahan dengan kedainya.
Pembukaan cerita dengan pengenalan kedai ‘Nasi Dagang Sek Kito’ dari kelantan, dimiliki oleh Stopa (Sabri Yunus) otai Kelantan yang sudah bertapak di KL selama 23 tahun, hampir sama usia anaknya Sarah.
Cerita menjadi semakin menarik ketika kemunculan seorang lelaki 'Ganu' yang digelar Daniel (Kimal), sebagai pelanggan baru mereka dan tidak lama kemudian membuka kedai nasi dagang di betul-betul bersebelahan kedai Stopa, nama kedai diberi ‘Nasi Dagang Sek Kiter.’
Ini menciptakan persaingan antara Stopa dari Kelantan dan Daniel dari Terengganu.