Filem Hantu Telur Kampung

Hantu Telur Kampung

Filem Hantu Telur Kampung bergenre seram komedi, diarahkan oleh Mohd Jailani akan mula ditayangkan di pawagam pada 11 Julai 2024.

Hantu Telur Kampung

Genre: Komedi / Seram
Tarikh Tayangan: 11 Julai 2024
Penulis Skrip: Dr. SKC
Pengarah: Mohd Jailani
Produksi: Jaasg Sdn Bhd
Pelakon: Sathiya, Mohd Jailani, Firdaus Luthuffi, Nisa Natalia, Hafiz Islam, Phai Chitra, Shazaru Saad, Jambulingam, Roseli Md Akhir, Fairuzzaki Omar

Sinopsis Hantu Telur Kampung

Jai bekerja sebagai pemborong telur ayam dan telah bertemu dengan seorang wanita cantik bernama Puteri. Puteri meminta Jai menghantar telur ke rumahnya setiap hari Khamis.

Apabila beberapa orang kampung mengintip ke dalam rumahnya, mereka melihat bahawa Puteri memakan telur untuk mengekalkan kecantikannya.

Mereka cuba memberi amaran kepada Jai ​​bahawa dia bukan manusia, tetapi dia enggan mempercayainya.