Filem biopik 'Gold' diinspirasikan daripada kisah benar atlet badminton tempatan, Cheah Liek Hou, jaguh Sukan Paralimpik Tokyo 2020 akan datang di pawagam mulai 11 Julai 2024. Filem ini diarahkan oleh Adrian Teh dan membariskan pelakon hebat tanah air seperti Jack Tan, Farid Kamil, Fabian Loo, Wan Raja dan Yasmin Hani.
Gold
Genre: Drama Sukan
Tarikh Tayangan: 11 Julai 2024
Skrip: Wall Fish
Lakon Layar: Wall Fish, Adrian Teh
Pengarah: Adrian Teh
Produksi: Astro Shaw & Act 2 Pictures
Watak Pelakon
Jack Tan sebagai Cheah Liek Hou
Farid Kamil sebagai Rashid Sidek
Yasmin Hani sebagai Isteri Rashid Sidek
Wan Raja sebagai Misbun Sidek
Fabian Loo sebagai Guan Teng
Freddie Ng sebagai Bapa Liek Hou
Lynn Lim sebagai Ibu Liek Hou
Daniel Cheah sebagai Ah Fat
Sinopsis Gold
Cheah Liek Hou merupakan seorang pemain badminton yang luar biasa dengan rekod tidak terkalahkan hasil daripada kemahiran yang sangat tinggi. Namun, semasa puncak kariernya, beliau didapati menghidapi kebas saraf brakial. Tanpa semangat berputus asa, Liek Hou terus berjuang dan menyertai kejohanan badminton kurang upaya dan berjaya memenangi kejuaraan dunia dengan semangat atlet yang tinggi. Namun, kehilangan ayah yang menjadi tonggak utama sokongan beliau sepanjang hidup telah menjadi satu dugaan besar buatnya. Beliau terpaksa menghadapi cabaran hidup dengan penuh keberanian.
Apabila Sukan Paralimpik mengumumkan badminton merupakan antara sukan yang akan dipertandingkan di Tokyo, Liek Hou bangkit semula dengan bantuan Rashid Sidek, seorang pemain badminton legenda yang menjadi jurulatihnya. Dibimbing oleh Rashid Sidek, Liek Hou berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram dan mengatasi pelbagai halangan untuk memenangi Sukan Paralimpik, akhirnya mencipta sejarah penting bagi negara Malaysia dengan memenangi pingat emas.